Thursday, 21 November 2013

BAHAGIANYA JIKA AKU JUGA PERGI BERTEMU ALLAH SYAHID SEPERTIMU


APABILA AHMAD AMMAR BERTEMU BIDADARINYA.... Pemuda berusia 20 tahun, Ahmad Ammar bin Ahmad Azam yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki kembali ke rahmatullah bertemu dengan Rabbul Jalal pada 2 November lalu di sana..... Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, Allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn, Turki. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, termasuk sahabat Nabi, Abu Ayub Al-Ansari r.a., para-para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini. Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur. Subhanallah!! Berebut orang ramai untuk menjadi sebahagian orang yang mengusung keranda allahyarham..... Lihat video ucapan imam disana.....ramai yang tersentuh dan mengalirkan airmata...... Sedangkan Ammar, hanyalah salah seorang penuntut dari Malaysia yang berada di sana. Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat keinginan mati syahid. Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.

-DI ATAS ADALAH SUMBER DARI FACEBOOK-
 __________________________________________________________________________________

Bila saya lihat video ni malam semalam dan baca mengenainya harini.. rasa sayu yang teramat.. 
teringat kembali peristiwa yang dah berlalu kepada arwah abang kandung saya yang telah kembali kepada penciptanya di bulan muharram juga. pemergiannya juga akibat dari kemalangan. menurut apa yang saya dengar (kerana masa kejadian saya berada di Kuala Lumpur dan kejadian berlaku di Perak), ketika kejadian arwah abang keluar dari rumah seperti biasa untuk menunaikan solat zohor dan asar di masjid. seperti kebiasaan arwah akan pulang ke rumah selepas solat asar di masjid berdekatan. menurut MAK sejak sebulan sebelum kejadian, arwah akan membaca surah yaasin dan air bacaan yassin akan di bawa ke kubur datuk dan nenek yang berada di Kg Chain, Lenggong. setiap hari arwah melakukan rutin tu.. AYAH mengungkapkan kehairanan dengan sikap arwah. tapi tidak menyuarakan perasaan tu. 

setiap hari juga arwah akan menyayikan lagu nasyid SELIMUT PUTIH ..."Bila Izrail Datang Memanggil.. jasad terbujur dipembaringan..seluruh tubuh.. akan menggigil.. sekujur badan nan kedinginan"  

lagu yang tidak lekang dari mulutnya setiap kali masuk ke rumah, keluar dari bilik air.. di kala bersendirian... masa saya pulang ke kampung, masih saya ingat.. arwah akan mengaji Al-Quran hingga pagi dan menghafaz ayat2 suci hingga tertidur.. 

masih saya ingat..dan jika saya tahu itu yang terakhir pasti saya tidak akan sia2kan peluang yang ada untuk memohon maaf padanya... itu kali terakhir saya bertemu dengan arwah. arwah seorang peniaga di pekan lenggong.. arwah menjual Char Kuew Tiau dengan menyewa kedai Pak Su Aziz (adik kepada MAK). waktu itu, hujan lebat. arwah mengadu sakit gigi n seperti nak demam. saya sangat teringin untuk makan Char Kuew Tiau yang arwah buat. tapi katanya, bahan semua di kedai. dia tak bawa balik. jadi saya ambil kunci kereta untuk bawa dia ke kedai. tapi arwah menolak dan pergi menaiki motor. waktu ini hubungan saya dengan arwah tidak begitu mesra kerana sebab2 yang tak perlu diceritakan.. biasalah pergaduhan adik beradik... pasti ada rasa tak puas hati.. tapi jauh di sudut hati saya benar2 menyesali... 

selepas itu saya pulang ke Kuala Lumpur. 

waktu arwah menghembuskan nafas terakhir, saya baru bertemu suami yang "outing" dari pusat latihan. kami di kedai untuk makan tengahari. belum sempat order dibuat.. TIBA2 saya mendapat panggilan dari kakak di kampung.. katanya, "moksu, cepat balik.. abang man dah tenat.. dah tinggal nyawa2 ikan".. saya terus tersentap dan saat itu saya terasa seperti berada di awangan. terasa bagai mimpi.. seluruh tubuh saya menggeletar. terus saya paksa suami untuk bawa saya pulang ke kampung (walaupun dia tak boleh berbuat demikian).. pukul 6 saya tiba di kampung.. jenazah abang man masih di hospital. kata kakak doktor minta arwah dikebumikan hari itu juga atas sebab jasadnya yang tidak mengizinkan dia disimpan lebih lama. jasadnya dimandi dan dikapankan di hospital juga. 

menjelang maghrib, jenazah tiba di rumah.. langsung disolatkan dan ALHAMDULILLAH.. kuasa Allah begitu ramai sahabat handai dan kenalan yang hadir mengiringi pemergiannya. malam itu juga arwah dikebumikan dan saya turut serta mengiringinya hingga ke tanah perkuburan.. sewaktu menatap wajah arwah buat kali terakhir.. saya menangis dan sebenarnya sangat ingin mencium wajahnya.. tapi saya takut air mata yang mengalir akan akan menyakiti tubuhnya.. anak saya yang sulung sangat akrab dengan arwah.. setiap hari dia akan bertanya dan bercakap tentang paklang nya yang sudah ditanam orang di bawah tanah.. 

apa yang berlaku semasa hari itu?? sewaktu arwah ingin ke masjid.. arwah keluar awal dari biasa.. sebelum pukul 1 tengahari.. sebelum keluar rumah.. arwah membawa keluar botol berisi air bacaan yassin dan meletakkannya di tangga. arwah berpesan kepada MAK untuk bersiap nanti selepas asar dia balik dan akan bawa MAK ke tanah perkuburan datuk dan nenek. sebelum ke masjid arwah mengunjungi majlis perkahwinan sahabatnya. sewaktu pulang motosikal yang ditunggangi arwah bergesel dengan lori kontena yang panjang. sewaktu kejadian, arwah memakai baju jubah dan kain pelekat. baju jubahnya tersangkut di tayar lori dan arwah terseret bersama. waktu itu, ada saudara MAK yang nampak kejadian itu berada di dalam kereta di belakang lori kontena tersebut. dia nampak selepas lori berhenti, kaki arwah masih bergerak dan mungkin saat itu roh arwah ditarik keluar malaikat munkar dan nakir.. sedih kerana dia pergi sendirian tanpa MAK dan AYAH disisi... 

dan waktu dia dilanggar.. azan zohor berkemundang dari masjid berdekatan. sesungguhnya janji ALLAH itu benar... pengakhiran hidup yang hanya ALLAH sahaja mengetahuinya.. semoga arwah tenang di sana dan ditempatkan bersama2 orang yang beriman... walau apa yang berlaku.. dan bagaimana kisah silamnya... hanya ALLAH yang layak untuk menghakiminya... di saat2 akhirnya mungkin dia telah mula merasai bahawa tidak lama lagi dia akan pergi meninggalkan segala yang ada di dunia..

Al-Fatihah.. moga abang man tenang bersemadi di sana.. coretan ini dari adikmu yang sangat merindui memori indah sewaktu kecilku bersama mu... walau coretan ini tak mungkin kau baca... tapi aku akan sentiasa mendoakanmu di sana..




No comments: