Monday, 18 November 2013

BILA ISTERI MERUNGUT

Aduh... bila isteri merungut
Bahkan kadangkala MENGUGUT
Minta aksesori dan perabot
Minta villa di tepi laut... Atau banglo di tepi tasik...

Sedangkan suami bukan Shah Jehan
Yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya
Tetapi isteri pula persis Nur Jehan
Yang minta petanda keagungan cintanya..

KATANYA,"Abadi cinta kanda dengan permata..."
sedangkan di tangan suami cuma cincin tembaga

Aduh, peritnya mengukur cinta
Dalam ukuran mayam dan "carat"
Atau menimbang setia... Menerusi Bursa Saham papan tanda utama
Kasih isteri turun naik...
MENGIKUT KADAR TUKARAN RM DAN DOLAR...

Bisikkanlah....

"Duhai isteriku marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta sejati
Marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci
Kita cari harta, tetapi itu bukanlah segalanya...
Padamu isteri, istanamu di HATI ini...
Padamu sayang, kalung cintamu di JIWA ini..."

No comments: