apa yang penting sangat nak kena tahu isu2 ni? semuanya terpulang pada diri anda sendiri, kalau rasa perlu untuk amik tahu..teruskan membaca..kalau tak.. tak mengapa..mungkin dapat bantu di saat ia benar2 diperlukan oleh anda satu hari nanti..
aktiviti cyber deviant ni dilakukan di internet dan merujuk kepada perlakuan negatif yang boleh memberikan kesan kepada diri sendiri dan juga pengguna internet yang lain. maksudnya tingkahlaku yang dibuat tu melanggar norma2 masyarakat dan tidak dapat diterima secara majoriti.
Adam N. Joinson dan Beth Dietz-Uhler (2002) kata, golongan2 ni menggunakan komunikasi maya untuk berkomunikasi sesama sendiri dan mengatur strategi2 negatif tanpa mempedulikan kesannya kepada pengguna lain. ANDA RASA ANDA PERNAH TAK LAKUKAN BENDA NI?? ATAU PERNAH TAK BERHADAPAN DENGAN SITUASI MACAM NI?
ada seorang pengkaji dari UK nama dia Selwyn, N. (2008), dia buat kajian terhadap 1222 orang responden untuk kenalpasti faktor2 yang pengaruhi salah laku di internet. APA HASIL KAJIAN YANG DIA DAPAT?? Lebih dari 90% responden mengaku telah lakukan salah laku di dalam internet untuk tempoh 12 bulan yang lepas. faktor perbezaan yang paling ketara adalah melibatkan aspek JANTINA, KEPAKARAN INTERNET DAN UMUR.
satu lagi HASIL KAJIAN yang admin rasa memang tepat 100%.. responden kajian menggambarkan internet sebagai persekitaran yang LEBIH KONDUSIF kepada salah laku devian berbanding persekitaran di luar talian (OFFLINE).
sebenarnya ada banyak kategori dalam isu ni.. untuk hari ni admin nak kupas tentang isu PEDOPHILES.
PEDOPHILES
PERNAH DENGAR TAK?? kalau siapa yang selalu tengok cite SPECIAL VICTIMS UNIT (SVU) KAT ASTRO 702 mesti pernah dengar nama PEDOPHILES ni.
APA TU?
golongan Phedophiles ni suka mempamerkan nilai seksualiti melalui cara keprihatinan dan sayangnya mereka terhadap kanak2 ni apa yang Durkins (1997) dan Jenkins (2001) cakapla.
hasil kajian diorang mendapati, dalam online group golongan ni, diorang akan berkongsi kepercayaan peribadi, fantasi mereka, dan pengalaman yang dilalui dengan KANAK2.
McKenna dan Bargh (1998), Palandri dan Green (2000) kata, nilai2 yang admin cakap tadi tu merupakan "PENDEDAHAN DIRI MAYA" yang dilakukan oleh peserta2 forum golongan Pedophiles yang mungkin berbeza dengan "SEXSUAL DEVIANT OFFLINE".
secara ringkasnya admin boleh cakap Pedophiles ni adalah golongan dewasa yang hanya suka/gemar melakukan seks dengan KANAK2. memang naluri mereka hanya akan teransang kepada KANAK2. memang bahaya dan ramai yang tak sedar tentang perkara ni.
KENAPA KANAK2 JADI MANGSA YANG MUDAH? sebab mereka masih tak tahu untuk menilai sentuhan yang bagaimana adalah SENTUHAN YANG BETUL DAN SENTUHAN YANG SALAH.
bila KANAK2/ REMAJA berada di alam maya, ada banyak faktor yang boleh bawak mereka kepada pemangsa.
Tapi bila kita fikirkan kembali.. dari manakah wujudnya masalah yang dihadapi oleh golongan Pedophiles ni? kenapa diorang boleh jadi macam tu? dari apa yang logik akal dan kajian yang dibuat, semuanya ada permulaan.. permulaan yang bagaimana?? cuba tengok balik sejarah pelaku2 tu masa diorang kecik dan biasanya diorang juga pernah jadi MANGSA semasa kecil.. oleh SIAPA?? hanya mereka y tahu.. jadi apa PARENTS perlu buat??? PLEASE LISTEN... LISTEN N LISTEN TO YOUR CHILD..
note: admin nak rest jap..hehe t sambung g ya
No comments:
Post a Comment