YANG MANA LEBIH BAHAYA???
pada pendapat admin kedua2nya sama bahaya.. tapi yang lebih bahaya apabila teknologi mula memainkan peranan secara senyap untuk menghantar mesej pembulian tu kepada dunia. kenapa lebih bahaya??
teknologi boleh memanipulasi kebenaran... macam2 perkara boleh ditafsir hanya dengan 1 gambar/video ... pembulian secara maya ni boleh tinggalkan kesan y lebih buruk kepada emosi dan mental mangsa walaupun takde kesan pada fizikal. kesan tu boleh jadi mimpi ngeri dan trauma yang berpanjangan kepada mangsa.. DAN PALING DIKHUATIRI.. mangsa akan simpan dendam dan melakukan pembalasan kepada orang lain yang mungkin takde kaitan langsung dengan kisah silan dia.
macam tak masuk akal kan? tapi itulah kebenaran yang perlu kita bimbangkan.
Ozgur Erdur-Baker (2010) dah jalankan satu kajian kuantitatif ke atas 276 orang remaja. Umur lingkungan 14-18 tahun. Responden kajian ni diambil dari 3 buah sekolah tinggi. Hasil dari kajian tu menunjukkan 32% daripada responden menjadi MANGSA BULI DI DALAM SIBER dan juga TRADISIONAL. 26% DIBULI selain dari alam siber. 42% lagi pernah melakukan perbuatan pembulian di alam siber dan pernah jadi mangsa buli.
Hasil kajian juga mendapati, pelajar LELAKI LEBIH berkemungkinan menjadi mangsa buli dalam kedua2 persekitaran fizikal dan maya berbanding pelajar perempuan. (Ini adalah hasil kajian yang dilakukan oleh Ozgur, jadi dapatan kajian dia mungkin berbeza dengan dapatan kajian anda)
satu lagi dapatan kajian yang dilakukan oleh Cassidy W., Jackson M. dan Karen N. Brown (2009) yang lakukan analisis perbandingan data yang dikumpul dari kaji selidik terhadap 365 orang pelajar gred 6,7,8 dan 9 di 3 buah sekolah rendah dan 1 sekolah menengah di kawasan Metropolitan British Columbia, Kanada. Hasil kajian dapati, kebanyakan pelajar gunakan internet setiap hari dan jadikan internet tu medium untuk lakukan Cyber Bullying. Tempat yang paling biasa diorang gunakan?? MELALUI CHAT ROOM ATAU EMAIL.
Penemuan yang rasanya perlu di ambil perhatian: DAPATAN KAJIAN mendapati pelajar agak kecewa terhadap keupayaan pihak sekolah untuk tangani kes Cyber Bullying ni. walaupun kes ni mungkin berlaku di luar sekolah, tapi admin rasa mungkin pihak sekolah terutamanya KAUNSELOR memainkan peranan dalam membantu mangsa2 buli siber ni. Sebab dari apa yang responden ni bagitahu, diorang akan beritahu kepada rakan2 terlebih dahulu... rasanya apa yang kawan sebaya boleh buat?? silap2 kawan tu pulak jadi penyebar kepada orang lain dan menyebabkan tekanan emosi kepada mangsa.
dari pelbagai sudut yang dikaji.. admin dapat kaitkan persamaan yang wujud antara Cyber Bullying dan Tradisional adalah mangsa buli TIDAK AKAN beritahu atau laporkan kejadian tu kepada orang yang lebih dewasa atau pihak berkuasa. mereka lebih cenderung untuk bagitahu kepada rakan sebaya. JADI MACAM MANA NAK SELESAI?? banyak yang perlu dikaji lagi untuk memastikan mangsa dapat dipulihkan dan yang PALING PENTING mangsa tak jadikan orang lain pulak sebagai mangsa seterusnya... KENAPA? sebab Ozgur Erdur-Baker (2010) kata internet ni merupakan platform yang mampu wujudkan kesan positif kepada penggunanya. TAPI dalam masa yang sama internet juga adalah tempat di mana pengguna menjadikannya sebagai tempat untuk melepaskan tekanan yang menghalang emosi mereka, termasuklah MEMBALAS DENDAM, MELEMPARKAN KEMARAHAN SECARA TERBUKA dan sebagainya.
Note: Ini adalah hasil dari pembacaan dan kajian ke atas kajian2 lepas dan admin selitkan sedikit pandangan peribadi admin.. Jadi mungkin ada dapatan kajian yang berbeza dari anda atau pengkaji lain..
No comments:
Post a Comment