Sunday, 10 November 2013

HIGHLAND TOWER MOVIE VS BERCAKAP DENGAN JIN BUKU 9 BY TAMAR JALIS

 photo Siri-Bercakap-Dengan-Jin-9.jpglepas menonton cite highland tower kat pawagam baru2 ni, terus admin teringat kat buku yang ditulis oleh pengarang Tamar Jalis ni. dulu admin ada buku ni..tapi skang bila dok cari xjumpa pulak..huhu... apa kaitan buku ni dengan cite higland tower yang ditayangkan kat pawagam tu?? sebenarnya xdela perkaitan or persamaan dari segi watak or jalan cerita.. cuma bila admin ingat balik jalan cerita dalam buku ni sangat best n REAL dan penulis boleh katakan sedikit sebanyak cerita dalam siri buku 9 ni macam ada cerita tentang tragedi kondominium runtuh yang trletak di atas bukit... bila kondominium tu runtuh banyak meragut nyawa..selepas tragedi tu pihak pemaju bangunkan semula di atas tapak runtuhan tu deretan rumah teres mewah.

kisah bermula bila penduduk yang mendiami rumah teres mewah di atas bekas tapak runtuhan tu mengalami gangguan pelik dari penghuni yang tidak nampak.

walaupun admin baca buku ni masa di sekolah menengah. tapi sampai sekarang jalan cerita buku ni masih melekat di minda admin.mungkin sebab jalan cerita yang kuat dan real dari penulis buku ni.

kalaula ada produser yang filemkan cerita dalam buku ni memang meletop n dapat memberi pengajaran kepada masyarakat berbanding membuat filem yang sekadar menunjukkan keadaan lokasi tanpa ada sebarang pengajaran dan penemuan yang lebih REAL.

NOTE: INI SEKADAR PENDAPAT ADMIN SELEPAS MEMBACA DAN MENONTON CERITA YANG MEMPUNYAI LOKASI YANG LEBIH KURANG SAMA.

No comments: