Friday, 15 November 2013

KAHWIN?? OWH BAHAGIANYA.. UHHH SENGSARANYA..

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasi sama, kaedah berbeza..

Ada yang kata..
Bahagia tu pada HARTA
diukir oleh intan permata.

Tak kurang yang rasa..
Bahagia tu pada RUPA
ditempa oleh wajah nan rupawan.

Sesetengahnya yakin..
Bahagia tu pada KEMAHSYURAN
dibaja dek gelaran dan nama.

Ramai juga yang rasa...
Bahagia tu pada KUASA
dituai oleh pangkat dan jawatan.

SEMUANYA BUKAN!!!!!

pelbagai jalan wujud dilema
mencari yang benar
mempelai tersasar..

KALAULAH BAHAGIA TU PADA HARTA...
KALAULAH BAHAGIA TU PADA NAMA...
KALAULAH BAHAGIA TU PADA RUPA...
KALAULAH BAHAGIA TU PADA KUASA...
KENAPA CHARLES DAN DIANA BERPISAH??
KENAPA ELVIS DAN PRISCILLA BERPECAH??
KENAPA ONASIS DAN JACKIE BERTELAGAH??

Rupanya.....
Bahagia tu dari dalam diri
Kesannya zahir, rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati
Terbenam bagai mutiara di laut nurani
Bahagia itu pada HATI
Bertahta di KERAJAAN DIRI
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa.

...........................................................................................................................................

admin nak petik kata2 dari Dato' Dr. Fadzilah Kamsah:

Org yg KAYA ialah org yg rasa cukup & bersyukur dgn apa yg dia ada. Org yg MISKIN ialah org yg rasa tak cukup, walaupun berapa byk harta & kekayaan yg dia ada. 

............................................................................................................................................

walaupun kata2 ni adalah secara umum.. tapi admin rasa lebih baik begitu dari semua orang sibuk mengejar kekayaan, harta dan rupa..hingga seolah2 menjadi satu kesalahan dan memalukan jika hidupnya tiada harta yang bertimbun... dirinya tiada rupa... hidupnya tiada kuasa... 

Ya benar... memang susah nak teruskan kehidupan tanpa duit... tapi apa yang admin nak sampaikan kat sini... adalah kalau masyarakat hanya sibuk memandang kepada orang yang berharta... mempunyai rupa dan kuasa... makin bertambahla manusia2 yang melarat dan miskin... KENAPA?? tak percaya?? cuba lihat disekeliling kita... xkira di mana saja... di Malaysia.. di Dunia.. mana2 saja... YANG KAYA BERTAMBAH KAYA.. YANG MISKIN SEMAKIN MISKIN... YANG PERTENGAHAN TERSEPIT DI TENGAH2 UNTUK CUBA BERADAPTASI DAN MEMBUAT PILIHAN MENGEJAR YANG KAYA.. ATAU KEKAL DENGAN DUNIA SENDIRI...

NOTE: INI HANYA PANDANGAN PERIBADI ADMIN... 

No comments: