HARIAN METRO, 15 NOVEMBER 2013 JUMAAT
JAGA LIWAT BUDAK 5 TAHUN
apa yang terjadi?? siapa yang diliwat? bagaimana boleh berlaku? adakah ini kes pedophiles?
banyak yang bermain di benak saya masa baca berita ni. tapi sebenarnya bukan ini kes yang pertama kali berlaku di Malaysia. dah banyak kali berlaku. mangsanya?? tidak kira jantina.. KANAK2 LELAKI DAN PEREMPUAN sama risiko untuk menjadi MANGSA!!
dimana silapnya? salah siapa? saat dah jadi biasalah sifat manusia suka menunding jari. tapi yang lebih sedih isu ni seolah hanya berada di pinggiran saja. KENAPA?
adakah sebab ianya tak sepenting isu politik?? isu pilihanraya?? adakah kerana DIA HANYA SEORANG KANAK2?
selepas saya menulis tentang isu ini. semalam di berita ada menyiarkan tentang perlunya pengawalan dan pencegahan untuk menghadapi CYBER BULLYING.. kes ini adalah sama kategori yang saya bincangkan. cuma aspek yang saya sentuh adalah lebih kepada jenayah seksual yang melibatkan pencarian mangsanya adalah dikalangan kanak2.
apa yang berlaku dalam berita yang ditulis di harian metro harini? Kes ni berlaku di KULIM, KEDAH
Seorang pengawal keselamatan lelaki berusia 22 tahun (lagi2 pengawal keselamatan. dah macam jadi musim pulak.bila seorang pengawal keselamatan melakukan jenayah berat maka pengawal keselamatan yang lain pun nak ikut sama ka?? hairan?? lepas ni da boleh tukar PENGAWAL TAK SELAMAT).. berbalik kepada cerita tadi. pengawal tak selamat tadi telah disyaki melakukan seks luar tabie terhadap seorang KANAK2 LELAKI di sebuah sekolah rendah. kejadian tu berlaku di pondok pengawal sekolah ( hais, sekarang ni sekolah yang sepatutnya rumah kedua untuk anak2 pun da makin tak selamat).
kanak2 tu diajak berbual dengan suspek, jam 1.30 tengahari. sebelum tu saya tertanya2 kenapa parents sangat mudah biarkan anak2 kecil berada di luar rumah dan merayau2 walaupun tempat tu da biasa dikunjungi.
kejadian tu disedari oleh ibu mangsa bila anak dia mengadu sakit di bahagian punggung kepada neneknya ketika nak mandi. nenek dia pelik dan minta kanak2 tu bgth apa y brlaku. kanak2 tu bagitahu pengawal tak selamat tu ajak dia berbual di dalam pondok tu dan kemudian buka seluar dia dan masukkan sesuatu di bahagian punggungnya.
lepas laporan polis dibuat.. pemeriksaan perubatan dfapati ada kesan luka di punggung mangsa... kes masih dalam siasatan..
walaupun belum tahu benda apa yang dimasukkan tu.. tapi jelas ianya merupakan perlakuan yang TIDAK NORMAL.
_________________________________________________________________________________
LAGI TENTANG KANAK2/REMAJA YANG JADI MANGSA..
Selepas Nurin Jazlin terdapat lagi beberapa kes rogol dan liwat yang
dilaporkan. Terbaru ialah seorang kanak-kanak berumur lima tahun telah
dirogol oleh seorang warga Bangladesh. Lelaki warga asing ini duduk
menyewa bilik di rumah keluarga mangsa di Pangsapuri Intan Baiduri,
Seksyen 15, Petaling Jaya. Kanak-kanak tersebut dipercayai telah dirogol
3 kali sejak bulan Oktober semasa keluarganya tiada di rumah. Lelaki
berkenaan telah melarikan diri sehelai sepinggang dan sedang dicari
polis selepas menyedari seorang tukang sapu ternampak perbuatannya.
Pada
9 Novemeber 2007 seorang pemandu lori, Mohamad Tuah Mahmood, 37 telah
dituduh di mahkamah di Klang kerana merogol seorang budak perempuan
berusia 15 tahun. Kes ini akan disebut semula pada 17 Disember 2007.
Manakala itu seorang pengawal keselamatan sebuah sekolah berumur 37
tahun mengaku bersalah di mahkamah merogol anaknya yang berumur 11 tahun
8 bulan di rumah mereka di Hiliran Ampang off Jalan Ampang. Mahkamah
menetapkan 21 November 2007 untuk sebutan fakta kes dan menjatuhkan
hukuman.
Seorang peneroka yang berumur 56
tahun pula telah dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun selepas mengaku
bersalah di mahkamah di Kuantan merogol anaknya yang berusia 11 tahun 7
bulan. Hukuman bermula dari 30 Oktober 2007 iaitu tarikh dia ditangkap.
Perbuatan rogol itu dilakukan di rumah mereka di Chini, Perak pada
Februari 2004.
Pada 18 Oktober 2007 seorang kanak-kanak berumur
lapan tahun telah dirogol oleh jirannya. Kejadian berlaku pada minggu
pertama hari raya di flat Desa Mentari, Jalan PJS5, Petaling Jaya. Dua
orang kanak-kanak berumur 8 dan 7 tahun ini telah datang ke rumah jiran
tersebut untuk berhari raya. Mereka berdua telah dibenarkan masuk dan
tuan rumah telah merogol kanak-kanak yang berumur 8 tahun. Ahli keluarga
kanak-kanak tersebut telah membuat laporan polis dan sehingga kini
polis masih lagi mencari seorang lelaki berusia 20an yang melarikan diri
dari rumah sewanya.
Pada 21 Oktober 2007 pula seorang
kanak-kanak berusia 12 tahun telah dirogol oleh bapanya sendiri ketika
sedang tidur di rumah mereka di Subang Perdana, Petaling Jaya.
Difahamkan mangsa anak sulung daripada lima beradik telah dirogol
sebanyak dua kali sebelum ini. Sehingga hari ini Mohd Ali Mohd Shariff
yang berumur dalam lingkungan 40an bekerja sebagai kelindan lori sedang
dicari polis setelah isterinya membuat laporan.
Di Mahkamah
Tinggi Shah Alam pada 2 Oktober 2007, seorang pegawai kebajikan sebuah
asrama Perkim telah ditambah hukuman ke atasnya kepada 24 tahun dan 7
sebatan selepas mahkamah menerima rayuan pihak pendakwaraya. Hukuman
asalnya ialah 12 tahun penjara dan 4 sebatan yang dijatuhkan oleh
Mahkaah Sesyen Petaling Jaya. Dia telah dituduh meliwat beberapa orang
pelajar lelaki berusia 12 tahun yang tinggal di asrama Perkim di
Damansara Utama.
Seorang pemandu lori, Normi Osman, 55 telah
dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun oleh mahkamah di Ipoh atas kesalahan
merogol seorang kanak-kanak berumur 12 tahun. Hukuman yang dijatuhkan
pada 3 Oktober 2007 ini akan bermula dari tarikh dia ditangkap pada 26
Ogos 1997. Normi telah mengaku bersalah semasa dihadapkan di mahkamah
pada 11 September 2007 selepas Lembaga Pelawat Hospital Bahagia Ulu
Kinta memutuskan dia sihat untuk dibicarakan. Dia yang pernah dirawat di
Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan selama 10 tahun telah
pertama kali didakwa pada 8 September 1997 selepas merogol mangsa pada
24 Ogos 2007.
Pada 21 September 2007 pula seorang penyelia kilang
dihukum penjara 19 tahun dan 5 kali sebatan oleh mahkamah di Shah Alam
setelah didapati bersalah merogol dan menculik seorang budak berusia 12
tahun 10 bulan. Mohd Noor Annuar Othman, 28 tahun dijatuhkan hukuman
penjara 15 tahun dan 5 sebatan untuk kesalahan merogol yang dilakukan
pada April 2004 dan 4 tahun penjara untuk kesalahan menculik. Hukuman
penjara ditangguhkan sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Sementara
itu pada 14 September 2007, seorang penyelia kebersihan sebuah sekolah
telah mengaku tidak bersalah di atas tuduhan meliwat seorang pelajar
lelaki berumur 14 tahun di Kilometer 27, Jalan Kuang Gombak. Shamsul
Anuar Mohamed. 30, dari Bandar Tun Razak, Cheras yang didakwa mengikut
Seksyen 377C Kanun Keseksaan akan mula dibicara pada 10 Mac 2008.
Apa
yang dipaparkan di atas adalah kes rogol dan liwat terhadap kanak-kanak
yang dilaporkan di akhbar sepanjang bulan September hingga November
2007 sahaja. jika diimbas dari awal tahun mungkin ada
banyak lagi kes. Ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan terutama
apabila siperlaku adalah ahli keluarga mangsa sendiri.
adakah pelaku atau pemangsanya adalah pedophiles??? banyak kajian yang perlu dilakukan ke atas pelaku tersebut selain menerima hadiah hukuman penjara dan sebatan... kenalpasti puncanya dari sudut perubatan dan psikologi... cuba tangani berdasarkan kesamaan kes... lakukan hebahan yang berterusan... berikan pendidikan berkaitan secara berterusan... dan banyak lagi yang boleh cuba diusahakan supaya setidaknya dapat mengurangkan walaupun tak dapat menghapuskan terus perlakuan tu...
note: ini cuma penulisan dari sudut pandangan admin ya..
No comments:
Post a Comment