Tuesday, 3 December 2013

ADA HIKMAHNYA





Tok penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang2 kampungyang mengetahui hal tersebut berkata kepada tok penghulu, "kami simpati dengan kehilangan kuda kesayangan tok. Tentu tok sedih..."

Sebaliknya, tok penghulu tersenyum lalu berkata, "tak apalah. Mesti ada hikmahnya."

"Apa hikmahnya tok?"
"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan tok penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan tok penghulu bertambah secara tiba2. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah. Untung," begitulah kata mereka.

Tok penghulu sebaliknya berkata, "belum tentu lagi. Tapi tok yakin tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki tok penghulu begitu gembira dengan kuda2nya. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda2 liar yang lain. Begitu sibuk dan tangkas sekali. Entah bagaimana pada satu petang, anak tok penghulu jatuh dari kudanya lalu patah tangannya.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan tok penghulu. Mereka datang menziarahi anak tok penghulu yang terlantar. "Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula," kata mereka.

Tok penghulu tersenyum dan berkata, "ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai2 atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerlukan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibu bapa kampung itu risau dan sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak2 lelaki mereka.

Para remaja lelaki dibariskan di hadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki tok penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya ke arah anak lelaki tok penghulu.

Pada ketika itu, dalam hati orang kampung terngiang2 kata2 dari mulut tok penghulu mereka, "Mesti ada hikmahnya."

....................... Setiap yang berlaku ada buruk dan baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat kebaikan daripada sesuatu perkara. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun di dalam hati sentiasa mengharap kebaikan sebaliknya daripada Allah...............

Sumber perkongsian dari Himpunan Kisah Dakwah Satira... Pahrol, M. J. & Husna, H.

No comments: