Macam2 skarang ni. Kesian kat budak ni, walau apa pun y berlaku N atas reason apa pun, janganla ditinggal anak tu merata2. Kalau dapat kat orang yang berniat jahat kan da jadi satu penganiayaan berganda untuk budak tu.
Untuk sape2 y kenal or tahu bantulah pihak polis mencari family budak ni. Kalau betul tak nak N atas faktor kemiskinan ke ape, hantar la ke rumah kebajikan dari ditinggal merata2.
GEORGETOWN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui
dihadapan pintu Tapak Pesta Pulau Pinang dipercayai ditinggalkan
keluarganya awal pagi tadi.
Kanak-kanak itu ditemui kira-kira jam 2.30 pagi oleh pekerja tapak
pesta berkenaan dan menghantarnya ke Balai Polis Sungai Nibong.
Timbalan
Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata,
kanak-kanak itu dikenali sebagai Jihan dan dia dipercayai ditinggalkan
keluarganya di situ tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
Beliau berkata, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa kanak-kanak terbabit.
"Sehingga kini tiada individu atau ahli keluarga kanak-kanak itu
hadir ke Balai Polis Sungai Nibong untuk mengambilnya dan kanak-kanak
itu akan diserahkan kepada Unit Siasatan Jenayah Seksual (D11), Ibu
Pejabat Polis Kontinjen Negeri untuk tindakan lanjut," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/25
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment