Satu lagi serangan seksual, kali ini melibatkan bayi sembilan bulan.

Ibu berusia 27
tahun dari Taman Desa Ria di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa bahawa
dia mendapati kesan darah pada lampin anaknya di rumah mereka pada malam
Selasa.
Ibunya yang bekerja
sebagai kerani, terkejut dengan penemuan itu terus memeriksa seluruh
tubuh badan anaknya dan mendapati darah keluar dari alat kelamin.
Bayi perempuan berkenaan sebelum itu telah dihantar ke rumah jirannya pada jam 8:30 pagi.
Semasa pemeriksaan di Hospital Kuala Lumpur, doktor mengesahkan bahawa anaknya telah di'tebuk'.
Dia kemudian terus membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi pada malam yang sama.
Ibu bayi bekenaan
telah menghantar anaknya ke rumah jirannya sejak lahir dan serangan itu
mungkin dilakukan oleh seorang remaja yang mungkin telah menonton
filem-filem lucah di laman web yang boleh didapati secara meluas di
Internet.
- SUMBER
http://networkedblogs.com/S0UAm
Dari hari kehari..ini la salah satu alasan terbesar kenapa saya rela korbankan cita2 saya bila da ade anak..walaupun orang kata alah ape nak jadikan alasan anak untuk tak bekerja..dalam hati Allah je y tahu betapa menggeletik hati ni nak kije macam orang lain..yela da blaja penat2...bayar yuran mahai2...tetiba dok kat umah jadi suri rumah menjaga anak sendiri..nak juga balas jasa mak dan ayah y da penat besarkan saya..sekolahkan saya dengan harapan saya dapat menjaga diorang bila dah tua....ramai y dok mengata..tahan telinga je la..Allah lebih tahu apa nawaitu saya.. eh saya bukan nak cite pasal kije tak kije..tapi saya nak cite perasaan takut dan terlebih cuak saya bila nak kena anta anak pi umah pengasuh or taska bila saya kluar bekerja.. kenapa??sebab saya takut benda macam ni jadi..
saya boleh katakan INI BUKAN PERKARA BARU. dan SAYA FOBIA DENGAN PERKARA NI.
masih saya ingat waktu tu anak sulung saya usianya 3 bulan..masa tu saya dok cari2 orang disekitar tempat tinggal saya untuk mengasuh anak saya sementara saya keluar kije.. tapi pagi tu saya jadi takut untuk tinggalkan anak saya dengan orang y saya kurang kenali bernama pengasuh JIKA PERSEKITARAN DI DALAM RUMAH DIA ADA ORANG LELAKI YANG MENGANGGUR OR DIBUANG KIJE .. TAK KIRA ANAK LELAKI OR SUAMI PENGASUH.
KENAPA???
sebab pagi tu saya baca dalam surat khabar seorang budak perempuan berbangsa cina telah dirogol oleh anak lelaki pengasuhnya yang berusia 26 tahun dan MENGANGGUR. dan yang lebih menyedihkan ibu kanak2 tu kata hari selepas anak dia dirogol adalah ulang tahun PERTAMA KELAHIRAN ANAK SULUNG DIA TU. dan pengasuh tu adalah jiran kepada kanak2 tu dan adalah berbangsa melayu. boleh tak kita bayang bila seorang ibu berlainan bangsa dan agama sanggup memberi kepercayaan kepada orang yang berlainan agama dan bangsa dengan dia untuk menjaga anak dia masa dia pi kije.. buat benda yang menjadi perkara yang sangat pahit untuk anak dia? macam mana boleh berlaku kes tu??
Menurut laporan akhbar tu (kes berlaku tahun 2008), jiran kepada pengasuh tu yang juga saksi bagitahu setiap hari selepas ibu kanak2 tu hantar anak dia ke rumah pengasuh tu dan pi kije, pengasuh tu akan keluar pi pasar dan tinggalkan kanak2 tu dengan anak lelakinya yang berusia 26 tahun tu. (mungkin dalam fikiran dia tak mungkin akan berlaku apa2)..
pada hari kejadian, selepas bawak balik anak dia ke rumah lepas habis kije... mak dia kata anak dia asyik nangis dan mengadu pedih di bahagian kemaluan. dia nampak ada kesan merah n bawak pi klinik..doktor sahkan kanak2 tu telah dirogol. laporan polis dah dibuat dan mungkin kes dah selesai. tapi sebagai ibu saya boleh merasai kesakitan yang ibu kanak2 tu lalui. kanak2 tu mungkin akan lupa kerana masih kecil dan tak mengerti..tapi trauma dari sudut psikologi takde sape yang boleh tahu dan mengerti. Itu kes yang saya baca 2008 dulu.. tapi masih segar dalam ingatan saya dan meninggalkan kesan dan fobia yang mendalam hinggakan saya jadi takut dan terlalu berhati2 bila nak cari pengasuh untuk anak. saya jadi susah nak percaya pada orang lain walaupun tak semua pengasuh tu jahat. tak adil la kan kalu nak kata semua orang jahat. tapi bila saya baca lagi kes2 yang macam ni yang tak pernah nak berhenti jadikan saya bertambah fobia dan lebih rela korbankan masa depan kerjaya saya walaupun orang mencemuh.kerana saya tahu Allah lebih tahu kenapa saya lakukan begini.
note: untuk parents tak mengapa kita terlebih risau dan cerewet untuk pastikan keselamatan anak2 kita.. bila dah jadi..orang lain hanya mampu berkata2 tapi parents yang akan tanggung keperitan tu isampai bila2...moga kita semua dilindungi Allah...
No comments:
Post a Comment