Friday, 13 December 2013

BAYI DICULIK DISELAMAT POLIS .. ISU LAMA DA TIMBUL KEMBALI ...KES LAMA PUN MASIH DALAM MISTERI..DA DATANG YANG BARU

Rasanya kes lama masih jadi misteri lagi. skang da timbul kes baru..macam chipsmore penjenayah ni pun. masih ingat lagi masa tu masih di sekolah rendah, kes culik seorang budak lelaki berbangsa cina..rasanya sampai sekarang masih tak tahu apa terjadi pada kanak2 tu..masih hidup ka atau sebaliknya.. kes2 selepas tu ada yang berjaya ditemui walaupun ada yang terkorban..tapi ada juga yang terus menjadi misteri...walau apa pun, sebagai parents saya juga turut risau dengan kewujudan penjenayah chipsmore ni yang mungkin bila masyarakat da mula melupakan kehilangan kanak2 malang ni diorang pun bergerak kembali..macam2 orang yang ada kat dunia ni..moga Allah lindungi anak2 kita semua..

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang berjaya menyelamatkan seorang bayi perempuan berusia tujuh bulan selepas diculik daripada jagaan keluarganya sebelum dijual dengan harga RM3,000 kepada seorang lelaki di Balik Pulau di sini hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari selepas polis menerima maklumat dan sepasukan anggota polis menyerbu sebuah rumah di Balik Pulau dan berjaya menemui bayi berkenaan bersama seorang lelaki warga emas berusia 60 tahun yang mendakwa baru saja membeli bayi terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, polis menerima satu laporan kehilangan seorang bayi perempuan kira-kira jam 7 petang semalam daripada seorang wanita yang juga nenek bayi itu berusia 54 tahun yang tinggal di sebuah rumah di Paya Terubong.

Beliau berkata, siasatan mendapati sebelum kejadian rumah mangsa didatangi dua wanita dan salah seorang suspek berusia 43 tahun mengenali nenek berkenaan kerana mereka pernah bekerja bersama sebagai pengawal keselamatan di sebuah bangunan kerajaan di sini.
FotoSyamsuhaini Samsuddin, tidak dapat menahan sebak sebaik anggota polis Timur Laut menyerahkan Nur Fairuz Izza Zahra Md Faizal, anaknya yang diculik seorang wanita di Air Itam di sini.

Katanya, suspek memberitahu mangsa mahu membawa bayi berkenaan bersiar-siar di bawah blok namun selepas hampir 30 minit suspek tidak menghantar semula bayi berkenaan kepada nenek terbabit.

"Nenek itu cuba mencari cucunya namun tidak menemui dan usaha menghubungi rakannya juga gagal sebelum satu laporan polis dibuat selepas dia mengesyaki cucunya dilarikan kedua-dua suspek," katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri, di sini hari ini.

Mazlan berkata, berdasarkan laporan polis yang dibuat nenek itu sepasukan anggota polis berjaya menahan seorang lelaki yang mengaku membeli bayi berkenaan pada harga RM3,000 selepas dijual oleh dua wanita terbabit untuk mendapatkan wang segera.

Beliau berkata, lelaki berkenaan yang berasal dari Tanjung Tokong itu ditahan bagi membantu siasatan selepas dia membeli bayi terbabit daripada kedua-dua suspek yang kemudiannya melarikan diri selepas memperolehi wang hasil menjual bayi itu.

Katanya, siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan bayi berkenaan dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk pemeriksaan lanjut dan dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

"Polis berjaya mengenalpasti identiti kedua-dua suspek dan salah seorang suspek berusia 43 tahun itu dikenali sebagai Zuzita Ahmad, 43, dari Jalan Tanjung Tokong dan memiliki tiga rekod jenayah lampau bersangkutan kes curi di dalam bangunan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan juga Seksyen 379 kanun sama kerana curi.

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Migran 2007 (ATIPSOM) dan Seksyen 363 Kanun Keseksaan atas kesalahan menculik dari penjagaan yang sah di sisi undang-undang dan sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Polis ingin meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut (IPDTL) di talian 04-2181822 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/13
Sumber: harian metro

No comments: