Tuesday, 17 December 2013

IBU TERMUDA DI DUNIA.. ANTARA MISTERI DUNIA DAN KEAJAIBAN KEJADIAN TUHAN

Worlds youngest mother Lina Medina, anak kelahiran Peru ini adalah ibu paling muda di dunia yang pernah dicatatkan hingga kini (tak tahula saya kalau ada yang terkini sebab saya jumpa yang ini jak huhu). Gelaran tersebut mula dipegangnya sejak Mei 1939 iaitu selepas dia melahirkan Gerardo ketika berusia lima tahun di Hospital Lima.

Pada mula kejadian ni berlaku, ibu bapa Medina sangka anak diorang ni ada masalah pada bahagian perut  dia. Tapi pawang kat kampung diorang ni gagal ubati penyakit tu. da tak boleh rawat parents Medina ni bawak dia pergi ke hospital untuk daatkan rawatan (nasib baik diorang tak biarkan dengan bawak ke pawang lain pulak hish). Sebulan selepas rawatan di hospital, Lina Medina akhirnya melahirkan seorang bayi lelaki secara Caesaren.

Medina yang dilahirkan pada 27 September 1933, hanya berusia lima tahun lapan bulan ketika anaknya dilahirkan tepat pada hari ibu. 14 Mei 1939. Dengan bantuan Dr. Lozada, Buslleu, pembantu dan Dr. Colretta, pakar bius, anak Medina yang seberat 2.7kg tu selamat dilahirkan dan berada dalam keadaan sihat. Beberapa hari kemudiannya, kedua2nya dibenarkan keluar. Ekoran daripada terlalu banyak persoalan yang timbul berikutan tersebarnya cerita Medina tu, Dr. Lozada telah buat kajian terperinci berkaitan kes tu.

Lepas selidik punya selidik, didapati Medina mula datang haid ketika berusia lapan bulan. Pada usia empat tahun, payu daranya sudah pun terbentuk. Begitu juga dengan rerambut disekitar tubuhnya. Perkembangan tubuhnya juga didapati begitu cepat berbanding kanak2 seusianya yang lain.

Statusnya sebagai ibu hanya diketahui anaknya ketika Gerardo berusia sepuluh tahun. Terbongkar setelah dia diejek oleh rakannya. Gerardo sangka Medina adalah kakak dia.

Gerardo meninggal dunia pada tahun 1979 ketika berusia 40 tahun akibat penyakit yang menyerang tulang sum2. Medina akhirnya berkahwin dan pada tahun 1972 dia telah melahirkan anak keduanya 33 tahun selepas melahirkan Gerardo. Anak kedua dia tinggal di Mexico.

Sumber: www.youngest_mother.tripod.com

sangat misteri kan.. tak terjangkau di fikiran kita sebagai manusia. sebelum terbaca artikel ni saya sendiri pun tak pernah terfikir. Bila baca sekali rasa tak percaya. Tapi bila difikirkan, tiada apa yang mustahil bila berbicara tentang kejadian Tuhan. Walau apa pun misteri disebaliknya.. hanya berpegang kepada satu perkara: ujian dari Allah itu diberi mengikut kemampuan dan keupayaan hamba2NYA...

No comments: