[Al-fatihah ~ baby meninggal selepas mengalami keretakan di tengkorak
kiri, pendarahan otak dan lebam pada dahi serta kedua-dua lututnya di
pusat pengasuh kanak2] ~walaupun da 3 bulan berlalu penguatkuasaan perlu dilakukan secara berterusan supaya tiada kejadian baru berulang lagi...
Nur Sofea Insyirah Meninggal Dunia Selepas DiDera (Sumber Bernama)
KLANG 14 Sept. - Seorang bayi perempuan berusia enam bulan yang
dipercayai menjadi mangsa dera ketika berada di rumah pengasuhnya di
Jalan Teluk Gadung Kecil di sini, meninggal dunia hari ini.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Mohamad Mat Yusop memberitahu
Bernama, Nur Sofea Insyirah Mohd Sharil meninggal dunia kira-kira pukul
2.25 petang ini di Unit Rawatan Rapi Pediatrik, Hospital Tengku Ampuan
Rahimah, Klang dekat sini.
Mangsa dimasukkan ke hospital itu
sejak Selasa selepas dipindahkan dari Hospital Pantai Klang.Bapa mangsa,
Mohd Sharil Ahamad, 28, memasukkan anaknya ke Hospital Pantai Klang
pada malam Isnin selepas bayi itu tidak sedarkan diri.
Mohd
Sharil kemudian membuat laporan polis pada Selasa pagi apabila
dimaklumkan anaknya mengalami keretakan di tengkorak kiri, pendarahan
otak dan lebam pada dahi serta kedua-dua lututnya.
Bayi itu
dihantar ke rumah pengasuh itu sejak berumur dua bulan dan pernah
mengalami kecederaan di dahi sebelah kiri akibat bergesel dengan karpet
ketika cuba meniarap selain kesan lebam di dahi akibat terkena botol
susu.
Polis sebelum ini mengambil kenyataan daripada Mohd Shahril dan pengasuh bayi itu. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment