Sunday, 5 January 2014

SEKOLAH DA BERMULA?? JOM JENGUK TIPS KENDALIKAN ANAK UNTUK BERSEMANGAT DAN SUKA KE SEKOLAH

TERTEKAN. Itu yang bermain di minda ibu bapa or penjaga kan? Walaupun bukan semua yang ada perasaan tu sebab anak2 diorang sangat mudah untuk diuruskan dan sangat suka pi sekolah. Tapi bagi ibu bapa yang berhadapan dengan anak yang sukar diuruskan terutamanya bangun pagi, anak2 yang rasa takut nak pi sekolah dan yang paling stress bila sampai je sekolah dia memberontak, menangis2 tak mau turun dari kereta. Macam2 pulak la ragam ibu bapa nak tenangkan anak sebab lepas tu nak kena  ke tempat kerja pulak kan. :) kadang ada yang terpaksa berhadapan dengan situasi ni dalam tempoh yang lama terutamanya anak2 yang baru menjenguk kaki ke tadika or tahun satu. Pendekatan yang berdiplomasi dalam mencari punca kenapa anak enggan ke sekolah insyaAllah akan dapat mengatasi masalah dan tekanan ni.

 Kenapa anak enggan ke sekolah?? perkara yang normal sebab perasaan takut dan tertekan tu pun ada pada anak2. Bila anak2 tertekan dan takut ke sekolah, akan mendorong timbulnya rasa sakit kepala atau sakit pada bahagian pencernaan dia. Mengapa anak-anak sukar disuruh ke sekolah juga berbeza sebabnya. Bergantung kepada cara hidup dia di luar. Anak-anak berusia begini masih dalam proses berkawan maka sekiranya mereka mempunyai ramai kawan untuk bermain di rumah pastinya mereka tidak suka ke sekolah.

Namun, jika kanak-kanak tu suka berkawan di sekolah, maka pastinya dia tidak sabar ingin kesekolah. Pada peringkat usia begini, kanak-kanak selalunya tidak punya masalah tidak kesekolah kerana malas, atau pun takut pada cikgu seperti anak-anak yang berusia belasan tahun. Namun, ibu bapa perlu terlebih dahulu pastikan sebab sebenar anak-anak tidak berminat ke sekolah untuk memastikan tiada gejala buli yang menjadi penyebab.

Selain dari perasaan tekut dan tertekan ke sekolah, masalah ni juga boleh berpunca kesan daripada waktu tidur yang tidak teratur atau tidak cukup sesuai dengan usianya. Jika anak tidak mendapat waktu tidur yang cukup, maka dia akan mudah marah2 dan mudah berasa penat serta mengatuk sepanjang hari. Kesan ini akan mengganggu proses pembelajaran dia di sekolah. 

Bila dah mula bersekolah mesti ada kerja rumah yang dibekalkan oleh guru untuk disiapkan di rumah betul tak? Kadangkala tugasan yang terlalu mudah boleh menimbulkan kebosanan dan jika terlalu susah menyebabkan si anak tidak dapat melakukannya dan tertekan. Jadi apa peranan ibu bapa? Luangkanlah sedikit masa walaupun hanya sejam untuk menjengah beg sekolah anak, memeriksa tugasan yang perlu disiapkan dan cubalah untuk membantu. Tapi BUKAN TOLONG JAWAB ya :)


Cara-cara yang dinyatakan di bawah adalah cara-cara biasa yang tidak terlalu ekstrem oleh itu keberkesanannya adalah terletak kepada usaha ibu bapa itu sendiri.
 
  1. Bagi anak yang baru ingin menjejak kaki ke sekolah sama ada taska, tadika ataupun darjah satu, ibu bapa perlu menyediakan bakal pelajar tersebut dengan cara sentiasa bercakap dengan mereka mengenai persekolahan. Sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum itu katakan pada mereka “Nanti adik masuk sekolah adik, belajar rajin-rajin tau”, “Adik dah nak masuk sekolah tahun depan”, “Nanti di sekolah ada ramai kawan, ada cikgu, best tau sekolah”. Kata-kata ini Nampak mudah dan biasa sahaja namun inilah yang menjadi pendorong untuk mereka. Anak-anak juga tidak akan terkejut dengan suasana baru nanti. Ibu bapa perlu sentiasa menceritaka perkara yang menyeronokkan tentang persekolahan. InsyaAllah anda tidak akan menghadapi masalah membawa anak-anak pada hari pertama mereka nanti.
  2. Kejutkan anak-anak bangun awal – pastikan anak-anak bersiap awal ke sekolah supaya mereka sempat makan sarapan dengan sempurna. Apabila anak-anak bersiap awal mereka akan lebih segar dan lebih seronok ingin ke sekolah.
  3. Pastikan anak sudah siap kerja sekolah mereka – mereka yang belum siap kerja biasanya banyak alas an untuk tidak ke sekolah. Caranya – pantau mereka semasa membuat kerja sekolah, dan sentiasa ingatkan “Kerja sekolah dah buat ke belum?” sehari sebelumnya. Bukannya pada waktu malam sebelum tidur.
  4. Pastikan juga pakaian dan alatan anak nak ke sekolah disiapkan awal. Kalau tidak, mak pun malas nak gosokkan baju anak kalau dah lewat pagi tu.
  5. Jika anak anda memang malas bersekolah, pujuk mereka dengan kata-kata seperti lepas sekolah kita jalan-jalan sekejap. Bawalah mereka ke pasar raya tetapi jangan pula setiap hari. Serta diingat jangan tipu mereka.
  6. Ajaklah anak berbincang secara baik2 tentang masalah yang dihadapi di sekolah. 
  7. Biasakan anak untuk selalu menulis apa pun yang terjadi atau perasaannya dalam sebuah diari. Cara ni sedikit sebanyak dapat membantu dia mengeluarkan segala yang dipendamkan dan memberi kelegaan kerana ada anak2 yang tidak suka berkongsi masalahnya dengan orang lain.
  8. Dapatkan bantuan guru di sekolah jika bermasalah dalam pembelajaran atau pegaulan di sekolah. 

Peringkat permulaan mungkin tidak akan berlangsung seperti yang kita inginkan, tapi jika dilakukan secara konsisten dan sabar insyaAllah lama kelamaan akan  dapat mengatasi perasaan malas atau takut untuk ke sekolah. Mencari punca mengapa anak tidak gemar ke sekolah dan mengatasinya lebih baik daripada hanya berleter dan marah2 sepanjang tahun. Masalah tidak selesai, Anak pula bertambah tertekan dan lebih teruk mungkin terjerumus dalam gejala ponteng sekolah jika terus dibiarkan tanpa sebarang solusi dari pihak ibu bapa sendiri. 

Ingat ya, Marah dan membentak anak2 bukan jalan penyelesaian terbaik tidak kira berapa usia anak. Tapi cubalah cari solusi terbaik mengapa anak tidak suka ke sekolah dan bagaimana nak jadikan sekolah dan belajar itu suatu yang menyeronokkan. 


No comments: