"Pasangan muda yang baru
menikah tinggal di sebuah komplek perumahan. Suatu pagi, sewaktu
sarapan, si isteri melalui jendela kaca, ia melihat jirannya sedang
menjemur pakaian..""Cuciannya kurang bersih ya", kata si
isteri."Sepertinya dia tidak tahu cara mencuci pakaian. Mungkin dia
perlu sabun yang lebih bagus."Suaminya menoleh, tetapi hanya diam dan
tidak memberi komen apapun.
Sejak hari itu setiap
kali jirannya menjemur pakaian, selalu saja si isteri memberikan komen
yang sama tentang kurang bersihnya jiran mencuci pakaiannya. Seminggu
berlalu, si isteri hairan melihat pakaian-pakaian yang dijemur jirannya
kelihatan betul2 bersih, dan dia maklumkan kepada suaminya:"Lihat,
seolah2 dia telah belajar bagaimana mencuci dengan betul.. Siapa agaknya
yang sudah mengajarnya? "Si suami berkata, "Saya bangun pagi hari ini
dan membersihkan jendela kaca kita." Dan begitulah kehidupan.
Apa yang kita lihat pada saat menilai orang lain bergantung kepada
kejernihan pikiran (jendela) bilamana kita memandangnya. Jika HATI kita
bersih, maka bersih pula FIKIRAN kita. Jika FIKIRAN kita bersih, maka
bersih pula PERKATAAN kita.Jika PERKATAAN kita bersih (baik), maka
bersih (baik) pula PERBUATAN kita. Hati, fikiran, perkataan dan
perbuatan kita mencerminkan hidup kita.
Jika ingin hidup kita
berkembang, maju, dan berjaya (bersih/baik) Maka kita harus menjaga
hati, fikiran, perkataan dan perbuatan kita tetap baik. Kerana itulah
segalanya. HATI menentukan FIKIRAN. FIKIRAN menentukan PERKATAAN &
PERBUATAN... 2 hal yg paling baik di atas kebaikan : - Sangka baik kpd
Allah - Sangka baik kpd hamba Allah ..
~Sharing from Ibubapa Cemerlang~
No comments:
Post a Comment