Kekadang aku INGIN Berkongsi..Kekadang aku INGIN Sendiri..Kekadang terasa di satu PERMULAAN..Kekadang terdampar di satu PENGAKHIRAN...Lalu aku bertanya pada DIRI..AKUKAH AKU INI???
Ya Allah, kesian sangat dan masa mula2 ternampak gambar ni dan baca berita ni memang rasa tak dapat nak bayang keakitan dan penderitaan yang dihadapi kanak2 ni.Harap pelakunya diberi hukuman setimpal. Tak dapat nak bayangkan kalau saya ibu kepada kanak2 malang ni. Ya Allah lindungilah anak2 kami dari menjadi mangsa kerakusan dunia.
21 Jan 2014, DUNGUN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan dua tahun
ditemui mati dalam keadaan menyedihkan di sebuah rumah tidak berpenghuni
di Taman Permint, Seri Paka Fasa Dua di sini, jam 3.20 petang.
Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan yang membuat
rondaan di kawasan perumahan itu, sebelum terhidu bau busuk dari arah
rumah berkenaan.
Pengawal keselamatan itu yang memasuki rumah berkenaan
kemudian terkejut menemui mayat kanak-kanak berkenaan yang tidak
berseluar dan berlumuran darah berhampiran tandas rumah berkenaan.
Pengawal kesekamatan itu kemudian melaporkan kepada majikannya sebelum membuat laporan polis.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaakob mengesahkan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Menurut laporan dari sumber ni, kira-kira
tiga hari sebelum penemuan mangsa, ibu mangsa telah membuat laporan polis berhubung
kehilangan anaknya itu sewaktu berjumpa seorang rakan di sebuah restoran
kira-kira pukul 7.30 malam.
Dikatakan dia hanya meninggalkan anaknya di dalam kereta kira-kira
lima minit sebelum mendapati anaknya itu tiada dalam kenderaan tersebut.
*RUMAH lokasi kejadian
Menurut sumber, ibu berkenaan juga memaklumkan pernah menerima ugutan
daripada seorang lelaki berkaitan dengan masalah hutang. – SUMBER: Mynewshub.my
Deposit insurance is a system established by the Government to protect depositors against the loss of their insured deposits placed with member institutions in the event the member institution fails. Commercial and Islamic banks that are member institutions of PIDM are also referred to as ‘member banks’.
As an integral component of an effective financial safety net, a deposit insurance system enhances consumer protection by providing explicit protection to depositors. Depositors will know when, how much and how their deposits are insured in the event that a member institution fails or is unable to make payment to depositors.
In Malaysia, the deposit insurance system was brought into effect in September 2005 and is administerd by Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).
Benefits to depositors
PIDM protects your bank deposits and will promptly reimburse you on your insured deposits should a member bank fail
The protection is provided by PIDM automatically and no application is required
There is no charge to depositors for this protection
Benefits to the financial system
PIDM promotes public confidence in Malaysia’s financial system by protecting depositors against the loss of their deposits
PIDM reinforces and complements the existing regulatory and supervisory framework by providing incentives for sound risk management in the financial system
PIDM minimises costs to the financial system by finding least cost solutions to resolve failing member institutions
PIDM contributes to the stability of the financial system by dealing with member institution failures expeditiously and reimbursing depositors as soon as possible
Deposit insurance is recognised internationally as an important form of consumer protection and has been implemented in over 100 countries around the world, with the earliest system dating back to 1930s.
Masalah kurang susu di kalangan ibu kerap berlaku terutamanya jika kita
mengalami masalah kesihatan atau apabila bayi sudah semakin
membesar dan memulakan makanan pejal. Milk booster atau makanan
laktogenik merupakan salah satu jalan penyelesaian bagi masalah ini.
Sebelum mendapatkan pil atau ubat-ubatan untuk menambah susu badan, cuba
dapatkan bahan semulajadi yang tidak diproses supaya kita mendapat
lebih manfaat daripadanya secara langsung. Sebenarnya kaedah-kaedah semulajadi ni sangat memberi manfaat kepada saya sendiri sebab hingga saat ini walaupun anak dah masuk umur 3 tahun alhamdulillah Allah masih memberi saya rezeki dan nikmat untuk menyusukan anak tanpa susu formula.
Kat bawah ni adalah senarai
makanan laktogenik yang paling popular dan mudah didapati di pasaran
tempatan. Kalau tak dapat semua pun, dapat dua tiga jenis or satu jenis pun dah memadai. yang penting kena selalu bagi anak menyusu badan supaya kilang susu terus aktif dan mengeluarkan lebih banyak susu.
1. HALBA (FENUGREEK)
Herba
ini merupakan makanan yang paling popular di kalangan para ibu menyusu
dan dianggap paling berkesan untuk membanyakkan susu badan. Digunakan
sejak berkurun lamanya, ia terbukti bukan sekadar kepercayaan
semata-mata kerana kini keberkesannya turut diyakini melalui kajian
saintifik.
Herba ni boleh dimasukkan ke dalam makanan
(seperti memasaknya bersama nasi dan lauk), meminumnya sebagai teh, atau
memakannya begitu sahaja kalau tak kisah dengan rasanya yang sedikit pahit.
Walaupun pengambilan herba ni selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa
bayi yang sensitif apabila kita ambil makanan tertentu. Jadi,
perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil
makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman
dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan tidak terjejas.
2. JINTAN (FENNEL)
Antara
yang terkenal dan dipercayai paling berkesan ialah jintan hitam yang
juga dikenali sebagai habbatus sauda atau black seed. Seperti halba, jintan
juga boleh digunakan dalam masakan dan sebagai minuman serta mempunyai
rasa yang sedikit pahit.
Jadi, boleh cuba juga memakannya dengan
madu. Selain menambah susu badan, ia juga membekalkan faedah lain kepada
ibu menyusu seperti memberi tenaga, menguatkan sistem pertahanan, serta
mengekalkan kesihatan badan yang unggul.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
3. BIJIRIN OAT (OATMEAL)
Beberapa
sumber mendakwa bahawa bijirin oat dipercayai boleh membuat kita lebih
relaks apabila memakannya kerana dianggap sebagai makanan yang
menggembirakan atau ‘comfort food’. Hormon oksitoksin yang terlibat
dalam proses penghasilan susu badan akan terbebas apabila kita berada
dalam keadaan tenang dan gembira. Ramai wanita menyusu yang mencubanya
sangat berpuas hati dan ada juga yang berpendapat bahawa ia memberi
kesan serta-merta!
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
4. BARLI
Selain
merangsang pengeluaran susu badan, barli juga berupaya meningkatkan
kualiti susu badan dan menjadikan susu badan lebih pekat
dan bernutrien tinggi. Sama ada memakannya sebagai bubur atau dibuat
minuman, kedua-duanya memang sedap.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
5. LOBAK MERAH
Sayuran
berwarna merah seperti lobak merah diperkaya dengan bera-karoten yang
diperlukan oleh badan untuk membantu laktasi. Ia turut mengandungi
minyak pati dan phytoestrogen yang dipercayai mempunyai kesan positif
terhadap penghasilan susu badan.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
6. SAYUR BERWARNA HIJAU GELAP
Sayuran jenis ini membekalkan sumber vitamin, mineral, enzim dan
phytoestrogen yang menyokong penghasilan susu badan. Antara contoh
sayuran yang dimaksudkan ialah alfalfa, bayam, kangkung, dan brokoli.Kalau tak suka minum susu, sayuran ini merupakan alternatif
terbaik bagi sumber kalsium harian.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
7. BUAH-BUAHAN KERING
Kurma, aprikot, dan buah tin (figs) mengandungi trytophan yang membantu
meningkatkan kadar hormon prolaktin secara semulajadi. Hormon prolaktin
memainkan peranan penting dalam merangsang kelenjar susu untuk
menghasilkan susu badan. Buah-buahan ini juga amat kaya dengan pelbagai
nutrien lain seperti serat, vitamin, dan mineral.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
8. KEKACANG
Kekacang, terutamanya yang berwarna gelap seperti kacang hitam dan
kacang merah, adalah makanan yang sangat bermanfaat terutama untuk ibu-ibu yang menyusui anak,
lebih-lebih lagi untuk vegetarian. Ia merupakan sumber zat besi dan
protein yang amat baik selain dapat meningkatkan kualiti susu badan.
Selain itu, kacang badam dan kacang almond juga dikatakan boleh membantu
proses penyusuan badan.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
9. TEMPE
Makanan berasaskan kacang soya seperti tofu, tauhu, dan tempe amat
tinggi dengan kandungan protein. Protein merupakan salah satu komponen
utama dalam susu ibu. Di samping itu, ia juga berfungsi dalam membantu
memekatkan susu badan.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
10. MINYAK DAN MENTEGA
Sesetengah lemak daripada minyak dan mentega adalah menyihatkan. Antara
yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu badan ialah minyak
zaitun, minyak flaxseed, dan minyak bijan. Selain itu, mentega, ghee,
dan minyak kelapa juga elok untuk diambil secara sederhana untuk memberi
tenaga.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
................ Mudah tak untuk didapati di kedai atau pasaraya?? Mudah kan? Macam saya sendiri, saya selalu amalkan makan lobak putih di masak sup, Buah Kismis kering, Kacang dan minum soya atau barli suam. Alhamdulillah sehingga hari ini nampak hasilnya dan yang penting anak saya semakin sihat. Kalau sebelum ni, saya berikan dia susu formula sebab perlu hantar kepada pengasuh dia kerap sakit dan keluar masuk hospital. Walaupun bukan seratus peratus dia tidak sihat berpunca daripada susu formula, tapi alhamdulillah selepas saya memberi 100% susu badan kesihatan dia semakin baik dan tak mudah dijangkiti penyakit. Walau apa pun, semuanya atas kuasa Allah yang memberikan kesihatan yang baik kepada anak saya. DAN langkah memberi sepenuhnya susu ibu ni hanyalah salah satu dari usaha saya untuk memberi kesihatan yang baik kepada anak.
Terpulang kepada ibu-ibu yang memiliki anak kecil, kalau masih diberi rezeki dan keupayaan untuk menyusukan anak walaupun selepas usia 2 tahun teruskan menyusukan anak sehingga sampai satu tempoh masa yang dirasakan sesuai atau perlu untuk berhenti memberi susu badan.
Dah siap memasak ke? atau masih mencari-cari idea nak masak apa? Rasa malas melanda n nak yang ringkas-ringkas jek? ha ni dia nak kabo menu best n ringkas. Bukan malas cuma.... hehe....
KERABU UDANG & SOTONG
Bahan-bahan:
1) 8 ekor sotong dibuang kulit dan dihiris panjang. 2) 4 ekor udang, buang perut hitam tanpa dibuang kulit. 3) 2 kuntum bunga kantan, 1 labu bawang besar dan 1 biji tomato di hiris nipis. 4) 3 tangkai daun bawang / segenggam daun ketumbar dihiris kasar. 5) 1 cili merah dan 2 cili padi, kalau suka pedas kena tambah cili padi, dihiris halus. 6) jus dari 1 biji lemon atau lebih kalau suka masam, dan garam / maggie cukup rasa (secukup rasa)
Caranya:
1) Panaskan sedikit air ke dalam periuk dan bila mendidih masukkan
udang sekejap hingga masak dan toskan. Bila dah sejuk bolehlah buang
kulit dan potong kecil. 2) kemudian masukkan sotong ke dalam periuk di atas dan celur sekejap dan toskan 3) Bahan 3~6 di campur dan di gaul hingga sebati dan akhir sekali masukkan udang dan sotong dan gaul hingga rata.
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta
salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat
dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Hari ni saya nak berkongsi kisah berkaitan wanita muslim dan aurat..sesungguhnya memperbaiki itu adalah satu kebaikan dan dituntut.Tapi bukan bermakna saya adalah muslim yang sempurna. Saya juga sedang memperbaiki diri agar lebih dekat kepada Allah. Moga kita sama-sama dapat jadi wanita muslim yang selamat dunia dan akhirat. Dalam menulis artikel ni saya telah merujuk kepada orang-orang yang lebih arif dan bukan sekadar pandangan peribadi.
Video:Kemanisan Ibadat/Jaga Aurat
Salah
satu perkara wajib yang di perintahkan oleh Allah SWT kepada para
hamba-Nya adalah menutup aurat. Kewajipan menutup aurat tidak ada
bezanya dengan kewajipan menunaikan solat, puasa, zakat dan haji. Di
dalam al-Quran surah a-Nur ayat 31 dan surah al-Ahzab ayat 59 jelas
menyatakan kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai
akil baligh.
Ramai wanita muslim hari ni tak ambil
berat dengan memakai pakaian menutup aurat dengan sempurna. Ramai di
antara kita lebih suka dan terpengaruh dengan ciri-ciri pakaian yang
berfesyen semasa terutama fesyen yang datangnya daripada barat.
Islam
tidak melarang jika wanita muslim ingin menggunakan fesyen
terkini tapi pakaian tersebut biarlah digunakan
daripada kain yang tidak terlalu nipis dan reka bentuk pakaian tersebut
mestilah menutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, tidak
terlalu ketat hingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Corak dan warnanya perlulah sederhana tidak terlalu cerah hingga mendatangkan daya tarikan kepada orang yang melihatnya.
Jika
syarat-syarat tersebut di patuhi maka tidak menjadi masaalah wanita
muslimah menampilkan diri dengan pakaian yang memenuhi cita rasa semasa
pada masa yang sama tidak bercangah dengan syariat Islam.
Beberapa Kesilapan Wanita Muslim Berkaitan AURAT
Meh sama-sama kita teliti dan perbaiki ya
Terdapat beberapa kesilapan wanita tentang aurat :
Pertama : Kita anggap aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
Kedua : Bertudung tetapi ber' T-Shirt' berlengan pendek.
Ketiga : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
Keempat : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
Kelima : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
Keenam : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya. Ketujuh : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
Kelapan : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Kesembilan : Kesalahan bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Kesepuluh : Memakai baju kurung tetapi dipergelangan tangan tidak dipinkan hingga menampakkan kulit lengan.
Kesemua
jenis berpakaian yang disebut di atas adalah diharamkan secara sepakat
seluruh ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan
mukminah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan
perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga
(anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai),
perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang
kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain.
Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada
rukhsah untuk dinampakkan.
Sebahagian dari kita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
Firman
Allah SWT yang bermaksud :"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya
sampai ke dadanya, dan janganlah kamu mendedahkan aurat dan perhiasan
kamu kecuali apa yang terzahir"(Surah an-Nur ayat 31)
Setiap
perempuan Islam wajib menutup kepalanya dengan tudung dan bahagian
dadanya termasuk juga leher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh
membawa fitnah tertutup dari perkara yang memungkinkan dilihat oleh
orang-orang yang jahat hatinya. Menurut Syeikh Dr Yusof
Al-Qaradawi yang dimaksud 'perhiasan' perempuan dalam ayat itu pula,
iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik
berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun
buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam
ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya
menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan.
Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh
kerana itu para ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa
terzahir itu serta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabi SAW
seperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahir
itu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti ini ialah
sahabat Anas bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincin wanita,
bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya, iaitu muka
dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan oleh ulama
tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun
Ummul Mukminin Aisyah r.ha, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang
sebagai perhiasan yang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak
gelang iaitu di pergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah.
Tetapi berkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masih
diperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut
Syeikh Al-Qaradawi juga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang
biasa dipakai oleh perempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai
gincu dan bedak merah di pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk
berlebih-lebihan yang sangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai
kecuali di dalam rumah. Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu
semua di luar rumah, adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi
jelas hukumnya adalah haram.
Namun, kiranya sesempurna mungkin
seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan
perhiasannya, demi menjaga meluasnya kerosakan dan banyaknya kefasikan
di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih lagi kalau perempuan tersebut
mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan
fitnah. Firman Allah SWT maksudnya : "Dan hendaknya mereka itu
tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami
atau ayahnya." (Surah an-Nur ayat 31)
Jadi, amat
jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadis bahawa Islam mengharamkan
perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak
kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan
bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah,
seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang
diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Ada
dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
1.
Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat
memukul orang (penguasa yang kejam);
2. Perempuan-perempuan yang
berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan
mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar
punuk unta.
Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat
akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh
perjalanan demikian dan demikian ." (Hadis Riwayat Muslim)
Dr.
Yusof Al-Qardawi menafsirkan hadis di atas, katanya : "Mereka dikatakan
berpakaian, kerana memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya,
tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat,
kerana itu mereka dikatakan telanjang, kerana pakaiannya terlalu tipis
sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian
perempuan sekarang ini." ( Kitab Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof
Al-Qaradawi)
Perkataan 'bukhtun' adalah salah satu macam daripada
unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan
seperti punuk unta tersebut kerana rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik
perkara ghaib, seolah-olah Rasulullah SAW melihat apa yang akan
terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan
rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan,
lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti
ini.
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma'
binti Abu Bakar pernah masuk di rumah Nabi SAW dengan berpakaian jarang
sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai
Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup
umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini
-- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Hadis Riwayat Abu
Daud)
Nabi SAW bersabda maksudnya : "Allah sentiasa merahmati
para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)." (Hadis
Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no
5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadis ini
berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya
sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan
segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia
(wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji
dan menyebut hadis di atas. (Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah
al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna
Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di
sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum
Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
Perlu diingat bahawa wanita
muslim perlu menjaga suaranya kepada lelaki yang bukan mahramnya.
Walaupun seorang wanita bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya
tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama
ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita
menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan
pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak
tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga
membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun
penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan. Larangan
ini datang dari Firman Allah SWT yang bermaksud : "Janganlah
perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan
menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (Surah al-Ahzab
ayat 32) Marilah
sama-sama kita memberi nasihat kepada kaum muslimat semua samaada
isteri, ibu, kakak, adik perempuan, ibu saudara, saudara mara perempuan
dan rakan-rakan di pejabat agar mereka sentiasa menutup aurat yang
sempurna.
Perihal syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai
dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah
SWT maksudnya : " Maka syaitan membisikkan fikiran jahat kepada
keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka
iaitu auratnya .." (Surah Al-A'raf ayat 20)
" Wahai anak Adam,
telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat
kamu dan untuk perhiasan" (Surah Al-A'raf ayat 26)
Amat jelas
dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang
termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa
yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya
selari dengan makhluk lain yang tiada cukup kemampuan dan akal bagi
menjalankan arahan penutupan aurat.
Sesungguhnya Allah itu Maha
Adil dan Maha Pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan
mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali
; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, syurga dan
neraka juga benar. Sesungguhnya salah satu ciri-ciri ahli syurga adalah
akhlak, perbuatan, percakapan dan pakaiannya memenuhi kehendak syariat
Allah SWT.
A Malaysian boy aged six has been
accused of raping his five-year-old cousin in a case believed to be the
one of the first of its kind in the world.
Doctors
discovered she had been sexually penetrated after a medical check-up -
and despite initial skepticism a consultant urologist at the Kuala
Lumpur Hospital said it was possible for a child that young to have an
erection.
The extraordinary
case came to light after the children's grandmother found them naked and
playing 'mothers and fathers' at the family home in the town of Pendang, Kedah - a rural area covered with paddy fields
*Medical check-up: Doctors at Kuala Lumpur discovered the five-year-old
girl had been sexually penetrated by the boy in a case which has shocked
Malaysia
Trauma: The case in Malaysia is believed to be one of the first of its kind in the world. File picture
The girl's 32 year old mother, a medical assistant, then lodged a report on New Year's Day, Malaysia's Star newspaper reported.
But
the paper said that the following day the mother told police she was
not keen to pursue the case and had only reported it so her daughter
could be checkedat a hospital.
The doctor who examined the girl and
found a minor tear in the hymen alerted the Malacca Action Group for
Parents in Education.
Chairman Mak Chee Hin said: 'It is shocking that young children are capable of such acts.
'Blame should be leveled at the adults who do not give guidance and care to the children.'
He added that a full medical report would determine whether the six year old boy is the youngest predator in the country.
The case comes just weeks after a
boy of 11 allegedly raped a six-year-old girl at a
babysitter’s home in Alor Gajah.
The
consultant urologist, who asked not to be
named, told The Star that that it was possible for a boy of that age to
have an erection, although such occurrences were more common among
Caucasian children.
Sexual development began from a child's first year, he said, pointing out that some baby boys were even born with erections.
'It could be due to witnessing an adult performing an intimate act or watching pornographic videos'
Consultant Urologist at Kuala Lumpur Hospital
He added: 'In Western countries,
medical reports suggest that young boys and girls can experience orgasm
although boys will not be able to ejaculate until puberty.
'For
Asian children, it is very rare, although there have been rare cases
that are mostly attributed to surroundings and upbringing.'
This case, he added, could have happened due to exposure to pornographic materials. 'It could be due to witnessing an adult performing an intimate act or watching pornographic videos, said the urologist.
“Even if the child had an erection, it would have only lasted for a while and not to the extent of penetration.
Penemuan ni bukan perkara yang mengejutkan cuma mungkin kita selalu tak ambil kisah bagaimana ia berlaku kerana tidak pernah mengalaminya sendiri. Tapi, jika kita perhalusi mengapa banyak berlaku kejadian2 rogol dan liwat tidak kira dalam kalangan orang dewasa mahupun kanak2, sudah pasti kita akan menemui bermacam2 punca yang menjadi penyebab kepada masalah ni.
Ketidakutuhan Agama sememangnya menjadi sebab utama kepada berlakunya perkara ni. Tapi dari skop lain, selain daripada faktor kelemahan penghayatan agama tidak kira apa jua agama yang dianuti, faktor persekitaran dan kebiasaan dalam budaya juga kadangkala boleh mencetus kepada masalah ni. Mengapa dikaitkan dengan amalan kebiasaan dalam berbudaya?
Kadangkala kita tidak sedar naluri yang mungkin wujud yang menyimpang dari sepatutnya di kalangan adik beradik atau saudara berlainan jantina. Masyarakat terbiasa dengan corak keakraban dalam kalangan adik beradik atau saudara. Tetapi kurang menyedari bahaya yang mungkin hadir dalam keakraban tersebut.
Namun, apa pun permulaan dan pertengahannya.. akhirnya akan berbalik kepada sejauhmana penghayatan dan pegangan terhadap agama yang dianuti, kerana di situ terletak segala jawapan yang boleh menghindarkan manusia daripada menjadi MANGSA mahupun PEMANGSA dalam isu ini.