Friday, 15 November 2013

RAJUK SEMASAM MANGGA ..

KHUSUS BUAT LELAKI BERGELAR SUAMI

RAJUK SEMASAM MANGGA
Tapi awas kalau ternyata merajuknya berfakta
Masamnya berdata
Malah ilmiah pula
Ini rajuk taraf tinggi
Yang perlu ditangani berhati2

Kalau ternyata benar
Apa salahnya kita terima
Diam dan koreksi diri
Mengaku dan kemudian berjanji
Tidak akan mengulanginya lagi
Tidak kalah, dengan mengalah.

Katakan..
"Sayang... abang alpa"
Bisikkan, "Darling, I lupa"

Hulurkan tangan, pintalah kemaafan
Pendekatan Cassanova, tapi hati suci
Kadang2 dengan sikit memberi
Kita akan banyak menerima
Merajuk isteri seperti mangga muda
Perisanya masam tetapi...
Kalau kena cicahnya
Enaknya akan terasa
Ingat, api yang panas
... Padam oleh salju yang dingin..


Thursday, 14 November 2013

ADAKAH SELAINMU?

Kekadang aku terfikir adakah lelaki lain selainmu?
Yang dapat merasa sedu sedanku
Menjadi bintang tika gerhana
menjadi mentari tika gelita

Kekadang aku terfikir adakah lelaki lain sejujurmu?
Yang dapat menyatakan kebenaran
Dalam perjalanan
Yang mampu merasa kepahitan
Di sebalik alpa kemanisan

Tapi aku tidak dapat menipu hatiku
Lalu noktahlah segala fikirku
Tiada lelaki sebegitu dalam hidupku
SELAINMU!!

khas buat suami ku.. M.N.Zafran...

Wednesday, 13 November 2013

CYBER DEVIANT. SIRI 1 PEDOPHILES

Selalu kita dengar CYBER CRIME.. tapi pernah tak anda dengar CYBER DEVIANT?

apa yang penting sangat nak kena tahu isu2 ni? semuanya terpulang pada diri anda sendiri, kalau rasa perlu untuk amik tahu..teruskan membaca..kalau tak.. tak mengapa..mungkin dapat bantu di saat ia benar2 diperlukan oleh anda satu hari nanti..

aktiviti cyber deviant ni dilakukan di internet dan merujuk kepada perlakuan negatif yang boleh memberikan kesan kepada diri sendiri dan juga pengguna internet yang lain. maksudnya tingkahlaku yang dibuat tu melanggar norma2 masyarakat dan tidak dapat diterima secara majoriti.

Adam N. Joinson dan Beth Dietz-Uhler (2002) kata, golongan2 ni menggunakan komunikasi maya untuk berkomunikasi sesama sendiri dan mengatur strategi2 negatif tanpa mempedulikan kesannya kepada pengguna lain. ANDA RASA ANDA PERNAH TAK LAKUKAN BENDA NI?? ATAU PERNAH TAK BERHADAPAN DENGAN SITUASI MACAM NI?

ada seorang pengkaji dari UK nama dia Selwyn, N. (2008), dia buat kajian terhadap 1222 orang responden untuk kenalpasti faktor2 yang pengaruhi salah laku di internet. APA HASIL KAJIAN YANG DIA DAPAT?? Lebih dari 90% responden mengaku telah lakukan salah laku di dalam internet untuk tempoh 12 bulan yang lepas. faktor perbezaan yang paling ketara adalah melibatkan aspek JANTINA, KEPAKARAN INTERNET DAN UMUR.

satu lagi HASIL KAJIAN yang admin rasa memang tepat 100%.. responden kajian menggambarkan internet sebagai persekitaran yang LEBIH KONDUSIF kepada salah laku devian berbanding persekitaran di luar talian (OFFLINE).

sebenarnya ada banyak kategori dalam isu ni.. untuk hari ni admin nak kupas tentang isu PEDOPHILES. 

PEDOPHILES 

PERNAH DENGAR TAK?? kalau siapa yang selalu tengok cite SPECIAL VICTIMS UNIT (SVU) KAT ASTRO 702 mesti pernah dengar nama PEDOPHILES ni.

APA TU?
golongan Phedophiles ni suka mempamerkan nilai seksualiti melalui cara keprihatinan dan sayangnya mereka terhadap kanak2 ni apa yang Durkins (1997) dan Jenkins (2001) cakapla.

hasil kajian diorang mendapati, dalam online group golongan ni, diorang akan berkongsi kepercayaan peribadi, fantasi mereka, dan pengalaman yang dilalui dengan KANAK2.

McKenna dan Bargh (1998), Palandri dan Green (2000) kata, nilai2 yang admin cakap tadi tu merupakan "PENDEDAHAN DIRI MAYA" yang dilakukan oleh peserta2 forum golongan Pedophiles yang mungkin berbeza dengan "SEXSUAL DEVIANT OFFLINE".


secara ringkasnya admin boleh cakap Pedophiles ni adalah golongan dewasa yang hanya suka/gemar melakukan seks dengan KANAK2. memang naluri mereka hanya akan teransang kepada KANAK2. memang bahaya dan ramai yang tak sedar tentang perkara ni.

KENAPA KANAK2 JADI MANGSA YANG MUDAH? sebab mereka masih tak tahu untuk menilai sentuhan yang bagaimana adalah SENTUHAN YANG BETUL DAN SENTUHAN YANG SALAH.

bila KANAK2/ REMAJA berada di alam maya, ada banyak faktor yang boleh bawak mereka kepada pemangsa.


Tapi bila kita fikirkan kembali.. dari manakah wujudnya masalah yang dihadapi oleh golongan Pedophiles ni? kenapa diorang boleh jadi macam tu? dari apa yang logik akal dan kajian yang dibuat, semuanya ada permulaan.. permulaan yang bagaimana?? cuba tengok balik sejarah pelaku2 tu masa diorang kecik dan biasanya diorang juga pernah jadi MANGSA semasa kecil.. oleh SIAPA?? hanya mereka y tahu.. jadi apa PARENTS perlu buat??? PLEASE LISTEN... LISTEN N LISTEN TO YOUR CHILD..







note: admin nak rest jap..hehe t sambung g ya

Monday, 11 November 2013

INTERNET.CYBER CRIME.CYBER DEVIANT.ANDA.ANAK ANDA.SOCIAL NETWORK.INFORMATION.POSITIF ATAU NEGATIF?ANDA YANG TENTUKAN.


Admin nak share tentang cyber deviant/cyber crime/jenayah siber... tapi sebelum admin share artikel berkaitan n story yang memang bagus untuk diketahui oleh masyarakat Malaysia terutamanya parents untuk disampaikan kepada anak2 dan dijadikan panduan untuk diri sendiri. mungkin ramai yang dah tahu. dan mungkin juga ramai yang masih tak tahu. DAN MASIH RAMAI YANG BUAT TAK TAHU.

KENAPA? serius sangat ke?? kalau di negara barat. CYBER DEVIANT DAN CYBER CRIME da lama diorang hadapi dan diorang sendiri dah ada beberapa undang2 dan akta yang khusus bagi menangani dan melindungi mangsa terutamanya golongan kanak2. tapi rasanya di Malaysia kita masih tak nampak kesedaran yang penting berkaitan isu ni. WHY?? belum pernah hadapi?owh rupanya pernah jadi mangsa tapi tak sedar... lagipun nak mengadu pada siapa? ada ke orang nak layan? Ahh MALU la.. kalau orang tahu.. biarla bukan senang nak tangkap orang yang buat cyber deviant n cyber crime ni..

MUNGKIN INI PERSEPSI DAN DELIMA yang dihadapi oleh masyarakat kita di MALAYSIA. kenapa?? KURANG PENGETAHUAN? KURANG KESEDARAN? STIGMA MASYARAKAT? macam2 andaian boleh kita buat. tapi semuanya terletak pada diri. DAN sokongan serta perlaksanaan yang tegas dan berterusan dari pihak pemerintah dan pihak berkuasa..

admin rasa pengetahuan berkaitan isu ni sangat penting dan berguna apabila diri sendiri hadapi atau berhadapan dengan isu sebegini.. KALAU TAK SEKARANG. MUNGKIN DI MASA AKAN DATANG.

note: admin akan share berkaitan isu ni selepas da buat sedikit rujukan supaya maklumat yang disampaikan dapat bagi manfaat kepada semua reader. :)

Sunday, 10 November 2013

HIGHLAND TOWER MOVIE VS BERCAKAP DENGAN JIN BUKU 9 BY TAMAR JALIS

 photo Siri-Bercakap-Dengan-Jin-9.jpglepas menonton cite highland tower kat pawagam baru2 ni, terus admin teringat kat buku yang ditulis oleh pengarang Tamar Jalis ni. dulu admin ada buku ni..tapi skang bila dok cari xjumpa pulak..huhu... apa kaitan buku ni dengan cite higland tower yang ditayangkan kat pawagam tu?? sebenarnya xdela perkaitan or persamaan dari segi watak or jalan cerita.. cuma bila admin ingat balik jalan cerita dalam buku ni sangat best n REAL dan penulis boleh katakan sedikit sebanyak cerita dalam siri buku 9 ni macam ada cerita tentang tragedi kondominium runtuh yang trletak di atas bukit... bila kondominium tu runtuh banyak meragut nyawa..selepas tragedi tu pihak pemaju bangunkan semula di atas tapak runtuhan tu deretan rumah teres mewah.

kisah bermula bila penduduk yang mendiami rumah teres mewah di atas bekas tapak runtuhan tu mengalami gangguan pelik dari penghuni yang tidak nampak.

walaupun admin baca buku ni masa di sekolah menengah. tapi sampai sekarang jalan cerita buku ni masih melekat di minda admin.mungkin sebab jalan cerita yang kuat dan real dari penulis buku ni.

kalaula ada produser yang filemkan cerita dalam buku ni memang meletop n dapat memberi pengajaran kepada masyarakat berbanding membuat filem yang sekadar menunjukkan keadaan lokasi tanpa ada sebarang pengajaran dan penemuan yang lebih REAL.

NOTE: INI SEKADAR PENDAPAT ADMIN SELEPAS MEMBACA DAN MENONTON CERITA YANG MEMPUNYAI LOKASI YANG LEBIH KURANG SAMA.