Masalah kurang susu di kalangan ibu kerap berlaku terutamanya jika kita
mengalami masalah kesihatan atau apabila bayi sudah semakin
membesar dan memulakan makanan pejal. Milk booster atau makanan
laktogenik merupakan salah satu jalan penyelesaian bagi masalah ini.
Sebelum mendapatkan pil atau ubat-ubatan untuk menambah susu badan, cuba
dapatkan bahan semulajadi yang tidak diproses supaya kita mendapat
lebih manfaat daripadanya secara langsung. Sebenarnya kaedah-kaedah semulajadi ni sangat memberi manfaat kepada saya sendiri sebab hingga saat ini walaupun anak dah masuk umur 3 tahun alhamdulillah Allah masih memberi saya rezeki dan nikmat untuk menyusukan anak tanpa susu formula.
Kat bawah ni adalah senarai
makanan laktogenik yang paling popular dan mudah didapati di pasaran
tempatan. Kalau tak dapat semua pun, dapat dua tiga jenis or satu jenis pun dah memadai. yang penting kena selalu bagi anak menyusu badan supaya kilang susu terus aktif dan mengeluarkan lebih banyak susu.
1. HALBA (FENUGREEK)

Herba
ini merupakan makanan yang paling popular di kalangan para ibu menyusu
dan dianggap paling berkesan untuk membanyakkan susu badan. Digunakan
sejak berkurun lamanya, ia terbukti bukan sekadar kepercayaan
semata-mata kerana kini keberkesannya turut diyakini melalui kajian
saintifik.
Herba ni boleh dimasukkan ke dalam makanan
(seperti memasaknya bersama nasi dan lauk), meminumnya sebagai teh, atau
memakannya begitu sahaja kalau tak kisah dengan rasanya yang sedikit pahit.
Walaupun pengambilan herba ni selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa
bayi yang sensitif apabila kita ambil makanan tertentu. Jadi,
perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil
makanan tersebut.
Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman
dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan tidak terjejas.
2. JINTAN (FENNEL)
Antara
yang terkenal dan dipercayai paling berkesan ialah jintan hitam yang
juga dikenali sebagai habbatus sauda atau black seed. Seperti halba, jintan
juga boleh digunakan dalam masakan dan sebagai minuman serta mempunyai
rasa yang sedikit pahit.
Jadi, boleh cuba juga memakannya dengan
madu. Selain menambah susu badan, ia juga membekalkan faedah lain kepada
ibu menyusu seperti memberi tenaga, menguatkan sistem pertahanan, serta
mengekalkan kesihatan badan yang unggul.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut.
Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
3. BIJIRIN OAT (OATMEAL)

Beberapa
sumber mendakwa bahawa bijirin oat dipercayai boleh membuat kita lebih
relaks apabila memakannya kerana dianggap sebagai makanan yang
menggembirakan atau ‘comfort food’. Hormon oksitoksin yang terlibat
dalam proses penghasilan susu badan akan terbebas apabila kita berada
dalam keadaan tenang dan gembira. Ramai wanita menyusu yang mencubanya
sangat berpuas hati dan ada juga yang berpendapat bahawa ia memberi
kesan serta-merta!
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut.
Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
4. BARLI

Selain
merangsang pengeluaran susu badan, barli juga berupaya meningkatkan
kualiti susu badan dan menjadikan susu badan lebih pekat
dan bernutrien tinggi. Sama ada memakannya sebagai bubur atau dibuat
minuman, kedua-duanya memang sedap.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut.
Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
5. LOBAK MERAH

Sayuran
berwarna merah seperti lobak merah diperkaya dengan bera-karoten yang
diperlukan oleh badan untuk membantu laktasi. Ia turut mengandungi
minyak pati dan phytoestrogen yang dipercayai mempunyai kesan positif
terhadap penghasilan susu badan.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut.
Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
6. SAYUR BERWARNA HIJAU GELAP

Sayuran jenis ini membekalkan sumber vitamin, mineral, enzim dan
phytoestrogen yang menyokong penghasilan susu badan. Antara contoh
sayuran yang dimaksudkan ialah alfalfa, bayam, kangkung, dan brokoli.Kalau tak suka minum susu, sayuran ini merupakan alternatif
terbaik bagi sumber kalsium harian.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut.
Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
7. BUAH-BUAHAN KERING

Kurma, aprikot, dan buah tin (figs) mengandungi trytophan yang membantu
meningkatkan kadar hormon prolaktin secara semulajadi. Hormon prolaktin
memainkan peranan penting dalam merangsang kelenjar susu untuk
menghasilkan susu badan. Buah-buahan ini juga amat kaya dengan pelbagai
nutrien lain seperti serat, vitamin, dan mineral.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut.
Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
8. KEKACANG

Kekacang, terutamanya yang berwarna gelap seperti kacang hitam dan
kacang merah, adalah makanan yang sangat bermanfaat terutama untuk ibu-ibu yang menyusui anak,
lebih-lebih lagi untuk vegetarian. Ia merupakan sumber zat besi dan
protein yang amat baik selain dapat meningkatkan kualiti susu badan.
Selain itu, kacang badam dan kacang almond juga dikatakan boleh membantu
proses penyusuan badan.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut.
Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
9. TEMPE

Makanan berasaskan kacang soya seperti tofu, tauhu, dan tempe amat
tinggi dengan kandungan protein. Protein merupakan salah satu komponen
utama dalam susu ibu. Di samping itu, ia juga berfungsi dalam membantu
memekatkan susu badan.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut.
Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
10. MINYAK DAN MENTEGA

Sesetengah lemak daripada minyak dan mentega adalah menyihatkan. Antara
yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu badan ialah minyak
zaitun, minyak flaxseed, dan minyak bijan. Selain itu, mentega, ghee,
dan minyak kelapa juga elok untuk diambil secara sederhana untuk memberi
tenaga.
Walaupun
pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin
terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan
tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi
selepas mengambil makanan tersebut.
Paling penting, kerapkan penyusuan
serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan
anda tidak terjejas.
................ Mudah tak untuk didapati di kedai atau pasaraya?? Mudah kan? Macam saya sendiri, saya selalu amalkan makan lobak putih di masak sup, Buah Kismis kering, Kacang dan minum soya atau barli suam. Alhamdulillah sehingga hari ini nampak hasilnya dan yang penting anak saya semakin sihat. Kalau sebelum ni, saya berikan dia susu formula sebab perlu hantar kepada pengasuh dia kerap sakit dan keluar masuk hospital. Walaupun bukan seratus peratus dia tidak sihat berpunca daripada susu formula, tapi alhamdulillah selepas saya memberi 100% susu badan kesihatan dia semakin baik dan tak mudah dijangkiti penyakit. Walau apa pun, semuanya atas kuasa Allah yang memberikan kesihatan yang baik kepada anak saya. DAN langkah memberi sepenuhnya susu ibu ni hanyalah salah satu dari usaha saya untuk memberi kesihatan yang baik kepada anak.
Terpulang kepada ibu-ibu yang memiliki anak kecil, kalau masih diberi rezeki dan keupayaan untuk menyusukan anak walaupun selepas usia 2 tahun teruskan menyusukan anak sehingga sampai satu tempoh masa yang dirasakan sesuai atau perlu untuk berhenti memberi susu badan.