Bila ade jerawat walau sebutir, keluh kesahnya dah berbukit-bukit. Tapi tu dah jadi fenomena biasa tak kira la untuk perempuan atau lelaki. Tapi, kalu muka dah bertempek panau. Adoi... rasa macam nak pitam...berpinar biji mata dok pikir macam mana nak keluar rumah dengan muka yang bertompok-tompok dan gatal yang amat....Kalau kat lokasi lain boleh la jugak buat-buat tak nampak. Tapi kalau dah bermastautin kat muka memang tak dapat nak tahan kesengsaraan tu. Boleh terus down keyakinan diri dan malu berganda-ganda. Pernah tak hadapi situasi panau bermastautin kat muka?? hahahaha memang kalau dah hilang seboleh mungkin akan pastikan dia tak kembali lagi betol tak??
Penyebab Panau
1. Pakaian yang basah atau lembap
2. Basuh muka atau mandi sebelum tubuh benar-benar "SEJUK"
3. Bersukan atau buat aktiviti di bawah terik matahari
4. Pakai pakaian basah dalam keadaan yang tidak berangin dan tidak terkena cahaya matahari DAN berterusan lembap dalam tempoh yang lama
5. Pakai pakaian baru dijemur dan masih panas
6. Berada dalam bilik yang lembap, malap dan tidak dimasuki cahaya matahari
7. Bakteria yang terdapat pada panau dan sopak juga boleh ada dalam air panas (terutama air panas yang terjemur pada pancaran matahari)
10 PETUA POPULAR HILANGKAN PANAU
Elak daripada lakukan 7 perkara yang boleh buat panau bermastautin kat tubuh badan kita.PENTING tu. Tapi kalau dah dapat macam mana nak buat??? Jom try petua-petua tradisional ni (boleh cuba amalkan mana-mana yang sesuai ya):

1. Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah airnya. Sapu air lengkuas pada kulit yang terkena panau. Ketika amalkan petua ni, jangan makan makanan yang ada lengkuas.

2. Tumbuk daun sireh hingga lumat dan sapukan pada bahagian yang terkena panau. Lakukan seminggu 3 kali, insyaallah kulit akan beransur pulih dan sekata.

3. Tumbuk sehingga lumat daun gelenggang. Kemudian, masukkan daun yang dah ditumbuk tadi di dalam kain nipis hingga membentuk bunjut. Kemudian, gosok bunjut kain ni di bahagian yang bermasalah panau tu. Tapi jangan gosok terlalu kuat pulak ye, nanti terluka pulak kulit yang halus mulus tu.

4. Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan asam jawa dan sedikit beras. Kemudian, tampalkan ramuan pada bahagian kulit berpanau. Lakukan setiap hari hingga panau hilang.

5. Gosok bahagian panau dengan pucuk jambu secara perlahan-lahan. Getah pucuk jambu juga dapat bantu buang sel kulit mati dan buat wajah jadi licin (kena try nih hehe).

6. Lumatkan daun kesum, campur sedikit minyak tanah. Kemudian gosok pada bahagian yang berpanau setiap hari. (tapi jangan banyak-banyak ya, minyak tanah tu panas).

7. Sapu bahagian yang bermasalah dengan air perahan buah pinang.

8. Tenyehkan pucuk lada pada kulit sambil berselawat. Amalkan selalu.

9. Tumbuk bawang putih hingga lumat, sapukan seminggu 4 kali.

10. Ketuk halia, kemudian gosok secara perlahan pada bahagian berpanau. atau boleh lumatkan halia dan tempel pada bahagian tersebut. Biarkan selama 15 minit supaya air halia meresap ke dalam kulit.
~SUMBER~
No comments:
Post a Comment