Pernah dengar tentang TIROID??
haaa Congenital Hypothyroidism ni adalah penyakit semulajadi Tiroid.. admin pun baru 1st time dengar.. masa bawak anak pi HKL admin nampak risalah ni n baca tentang penyakit ni.
apa yang admin baca Institut Pediatrik HKL cakap penyakit semulajadi Tiroid ni jarang berlaku. tapi kalau berlaku apa sebenarnya kan??
biasanya kanak2 yang ada penyakit ni lahir dengan kekurangan HORMON TIROID.. ishk apa kebende pulak hormon tiroid ni??
MHKL dah buat kajian dan diorang dapati, bayi yang dilahirkan dengan Congenital Hypothyroidism ni dianggarkan 1:3666 daripada jumlah kelahiran hidup.. maksudnya nisbahnya hanya 1 dari 3666 kelahiran bayi yang terus hidup..
kat mana kita nak kenal pasti penyakit ni? boleh nampak secara fizikal ka??
Haaa... kalenjar tiroid ni terletak di bahagian leher dan menghasilkan HORMON TIROXIN. hormon tiroxin ni diperlukan untuk PERKEMBANGAN OTAK DAN PEMBESARAN KANAK2.. maknanya walaupunnampak macam tak bahaya, tapi kalau anak kita kekurangan hormon ni boleh jadi satu dugaan yang besar rasanya.. mohon dijauhkan..
3 KEMUNGKINAN YANG BOLEH AKIBATKAN PENYAKIT "CONGENITAL HYPOTHYROIDISM" NI
1. kelenjar tiroid tak wujud
2.kelenjar tiroid wujud tapi ada sebahagian sahaja.
3. kelenjar tiroid tak berfungsi
bila keadaan macam ni berlaku, akan sebabkan kekurangan penghasilan hormon tiroxin. bila hormon ni kurang OTAK kanak2 tu tak boleh nak berkembang sepenuhnya dan akibat yang paling teruk KANAK2 TU BOLEH TERENCAT AKAL.
tadi admin ada tanya penyakit niboleh dikesan secara fizikal ka??? jawapannya TAK BOLEH. jadi macam mana nak tahu?? biasanya TANDA2 HYPOTHYROIDISM HANYA BOLEH DIKENALPASTI PADA MASA UMUR BAYI 2-6 BULAN
kalau rawatan tak diberi segera pada usia ni, KEROSAKAN OTAK MUNGKIN TELAH TERJADI
JADI APA RAWATAN YANG PERLU DIBERI??
mesti parents akan susah hati dan bimbang kan..
jadi kalau kanak2 tu dah dikenalpasti ada penyakit tiroid ni,* sangat penting untuk diberikan ubat secepat yang mungkin.
*kanak2 tu perlu ambil HORMON TIROXIN. hormon gantian ini perlu diambil SEUMUR HIDUP
*kalau hormon gantian ni diterima oleh bayi, kelembapan pembesaran dan masalah terencat akal bagi kanak2 yang alami masalah Congenital Hypothyroidism BOLEH DIELAKKAN.
PALING PENTING!! UNTUK KANAK2 YANG ALAMI PENYAKIT/MASALAH NI PERLU DAPATKAN PEMERIKSAAN BERTERUSAN DARI DOKTOR UNTUK MELIHAT PERKEMBANGAN DIA..
memang nampak payah dan memenatkan.. tapi demi masa depan anak parents mesti bersedia untuk berkorban kan?
APA TANDA2 HYPOTHYROIDISM??
1.RAUT MUKA KASAR (COARSE FACIES)
2. SUARA TANGISAN YANG KASAR (HOARSE CRY)
3.SEMBELIT
4.PERUT YANG BUNCIT
5.NEONATAL JAUNDICE YANG BERPANJANGAN
6.UMBILICAL HERNIA
7.LAMBAT BERTINDAK BALAS (SLOW RESPONSES)
8.KULIT KERING DAN KASAR
9.TERENCAT AKAL
*TANDA2 DI ATAS MUNGKIN TIDAK TERDAPAT SEMASA BAYI DILAHIRKAN
PERLU TAHU*
- Hospital Kuala Lumpur ada buat Ujian Saringan Hormon Peransang Tiroid (TSH)
- Ujian TSH dibuat semasa bayi dilahirkan untuk kesan penyakit Congenital Hypothyroidism
- pastikan anda dapatkan keputusan ujian TSH sebelum anak DISCAJ dari Wad
- kalau keputusan ujian tak dapat diperolehi semasa discaj.. boleh contact was MNICU, HKL
ni admin share skali no phone nye: WAD MNICU HKL : 03-2615 5555 samb 6191
No comments:
Post a Comment