Saturday, 11 January 2014

10 JENIS MAKANAN YANG BOLEH TINGKATKAN PENGHASILAN SUSU IBU.JOM CUBA!

Masalah kurang susu di kalangan ibu kerap berlaku terutamanya jika kita mengalami masalah kesihatan atau apabila bayi sudah semakin membesar dan memulakan makanan pejal. Milk booster atau makanan laktogenik merupakan salah satu jalan penyelesaian bagi masalah ini.  

Sebelum mendapatkan pil atau ubat-ubatan untuk menambah susu badan, cuba dapatkan bahan semulajadi yang tidak diproses supaya kita mendapat lebih manfaat daripadanya secara langsung. Sebenarnya kaedah-kaedah semulajadi ni sangat memberi manfaat kepada saya sendiri sebab hingga saat ini walaupun anak dah masuk umur 3 tahun alhamdulillah Allah masih memberi saya rezeki dan nikmat untuk menyusukan anak tanpa susu formula.

susu badan

Kat bawah ni adalah senarai makanan laktogenik yang paling popular dan mudah didapati di pasaran tempatan. Kalau tak dapat semua pun, dapat dua tiga jenis or satu jenis pun dah memadai. yang penting kena selalu bagi anak menyusu badan supaya kilang susu terus aktif dan mengeluarkan lebih banyak susu.

1. HALBA (FENUGREEK)

1. Halba (fenugreek)Herba ini merupakan makanan yang paling popular di kalangan para ibu menyusu dan dianggap paling berkesan untuk membanyakkan susu badan. Digunakan sejak berkurun lamanya, ia terbukti bukan sekadar kepercayaan semata-mata kerana kini keberkesannya turut diyakini melalui kajian saintifik.

Herba ni boleh dimasukkan ke dalam makanan (seperti memasaknya bersama nasi dan lauk), meminumnya sebagai teh, atau memakannya begitu sahaja kalau tak kisah dengan rasanya yang sedikit pahit.

Walaupun pengambilan herba ni selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila kita ambil makanan tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan tidak terjejas.


2. JINTAN (FENNEL)

 2. Jintan (fennel)
Antara yang terkenal dan dipercayai paling berkesan ialah jintan hitam yang juga dikenali sebagai habbatus sauda atau black seed. Seperti halba, jintan juga boleh digunakan dalam masakan dan sebagai minuman serta mempunyai rasa yang sedikit pahit.

Jadi, boleh cuba juga memakannya dengan madu. Selain menambah susu badan, ia juga membekalkan faedah lain kepada ibu menyusu seperti memberi tenaga, menguatkan sistem pertahanan, serta mengekalkan kesihatan badan yang unggul.
Walaupun pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan anda tidak terjejas.


3. BIJIRIN OAT (OATMEAL)




3. Bijirin oat (oatmeal)Beberapa sumber mendakwa bahawa bijirin oat dipercayai boleh membuat kita lebih relaks apabila memakannya kerana dianggap sebagai makanan yang menggembirakan atau ‘comfort food’. Hormon oksitoksin yang terlibat dalam proses penghasilan susu badan akan terbebas apabila kita berada dalam keadaan tenang dan gembira. Ramai wanita menyusu yang mencubanya sangat berpuas hati dan ada juga yang berpendapat bahawa ia memberi kesan serta-merta!

Walaupun pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan anda tidak terjejas.


4. BARLI

 4. BarliSelain merangsang pengeluaran susu badan, barli juga berupaya meningkatkan kualiti susu badan dan menjadikan susu badan lebih pekat dan bernutrien tinggi. Sama ada memakannya sebagai bubur atau dibuat minuman, kedua-duanya memang sedap.

Walaupun pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan anda tidak terjejas.


5. LOBAK MERAH

 5. Lobak merahSayuran berwarna merah seperti lobak merah diperkaya dengan bera-karoten yang diperlukan oleh badan untuk membantu laktasi. Ia turut mengandungi minyak pati dan phytoestrogen yang dipercayai mempunyai kesan positif terhadap penghasilan susu badan.


Walaupun pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan anda tidak terjejas.


6. SAYUR BERWARNA HIJAU GELAP

 6. Sayuran berwarna hijau gelapSayuran jenis ini membekalkan sumber vitamin, mineral, enzim dan phytoestrogen yang menyokong penghasilan susu badan. Antara contoh sayuran yang dimaksudkan ialah alfalfa, bayam, kangkung, dan brokoli.Kalau tak suka minum susu, sayuran ini merupakan alternatif terbaik bagi sumber kalsium harian.

Walaupun pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan anda tidak terjejas.


7. BUAH-BUAHAN KERING

 7. Buah-buahan kering Kurma, aprikot, dan buah tin (figs) mengandungi trytophan yang membantu meningkatkan kadar hormon prolaktin secara semulajadi. Hormon prolaktin memainkan peranan penting dalam merangsang kelenjar susu untuk menghasilkan susu badan. Buah-buahan ini juga amat kaya dengan pelbagai nutrien lain seperti serat, vitamin, dan mineral.

 Walaupun pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan anda tidak terjejas.


8. KEKACANG

 8. KekacangKekacang, terutamanya yang berwarna gelap seperti kacang hitam dan kacang merah, adalah makanan yang sangat bermanfaat terutama untuk ibu-ibu yang menyusui anak, lebih-lebih lagi untuk vegetarian. Ia merupakan sumber zat besi dan protein yang amat baik selain dapat meningkatkan kualiti susu badan. Selain itu, kacang badam dan kacang almond juga dikatakan boleh membantu proses penyusuan badan.

Walaupun pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan anda tidak terjejas.


9. TEMPE

 9. TempeMakanan berasaskan kacang soya seperti tofu, tauhu, dan tempe amat tinggi dengan kandungan protein. Protein merupakan salah satu komponen utama dalam susu ibu. Di samping itu, ia juga berfungsi dalam membantu memekatkan susu badan.

Walaupun pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan anda tidak terjejas.


10. MINYAK DAN MENTEGA

 10. Minyak dan mentegaSesetengah lemak daripada minyak dan mentega adalah menyihatkan. Antara yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu badan ialah minyak zaitun, minyak flaxseed, dan minyak bijan. Selain itu, mentega, ghee, dan minyak kelapa juga elok untuk diambil secara sederhana untuk memberi tenaga.

Walaupun pengambilan makanan ini adalah selalunya sangat selamat, mungkin terdapat beberapa bayi yang sensitif apabila mengambil makanan tertentu. Jadi, perhatikan sebarang kesan sampingan pada bayi selepas mengambil makanan tersebut. Paling penting, kerapkan penyusuan serta pengepaman dan hindarilah stress supaya penghasilan susu badan anda tidak terjejas.

................ Mudah tak untuk didapati di kedai atau pasaraya?? Mudah kan? Macam saya sendiri, saya selalu amalkan makan lobak putih di masak sup, Buah Kismis kering, Kacang dan minum soya atau barli suam. Alhamdulillah sehingga hari ini nampak hasilnya dan yang penting anak saya semakin sihat. Kalau sebelum ni, saya berikan dia susu formula sebab perlu hantar kepada pengasuh dia kerap sakit dan keluar masuk hospital. Walaupun bukan seratus peratus dia tidak sihat berpunca daripada susu formula, tapi alhamdulillah selepas saya memberi 100% susu badan kesihatan dia semakin baik dan tak mudah dijangkiti penyakit. Walau apa pun, semuanya atas kuasa Allah yang memberikan kesihatan yang baik kepada anak saya. DAN langkah memberi sepenuhnya susu ibu ni hanyalah salah satu dari usaha saya untuk memberi kesihatan yang baik kepada anak.

Terpulang kepada ibu-ibu yang memiliki anak kecil, kalau masih diberi rezeki dan keupayaan untuk menyusukan anak walaupun selepas usia 2 tahun teruskan menyusukan anak sehingga sampai satu tempoh masa yang dirasakan sesuai atau perlu untuk berhenti memberi susu badan. 

No comments: