Memang menyakitkan hati bila waktu makan je, anak buat perangai n tak nak makan. tak kisahla masak kat umah or makan kat luar. walau berbagai cara dilakukan untuk pastikan anak2 dapat nutrisi yang mencukupi, tapi dilema anak tak nak makan ni tetap jadi igauan ngeri.. Termasuklah admin.. huhu..
kadang tu rasa susah hati sebab takut nanti anak sakit or jadi apa2 hanya sebab tabiat dia tak nak makan. contoh terbaik anak admin le. kalau dulu puas dipujuk makan nasi, makan ayam, makan sayur or makan apa2 yang berkhasiat. Tapi jawapan dia TAK NAK!!!
urghhhh.. runsing dibuatnya... tapi sekarang situasi ni da makin berkurangan N berjaya di atasi... MACAM MANA???? NAK TAHU???
HAAAAA... admin tak jual produk.. cuma admin nak share teknik yang di ajar N dipraktiskan melalui rancangan kegemaran admin.. JO FROST: EXTREME PARENTAL GUIDE
kat mana boleh tonton program ni?? Astro Life ... memang program yang berbaloi N rasanya program yang Malaysia takdak buat lagi...
nak sesuaikan dengan topik harini, admin nak share kajian yang dibuat oleh host tu yang juga pakar dalam perkembangan kanak2..
untuk slot masa admin tonton dia cuba bantu family yang anak perempuan dia tak nak makan N just bergantung kepada susu. memang sangat sama dengan anak admin yang Girl tu..
Apa dia buat?? Lupakan makanan ringan termasuk biskut n seumpamanya... Parents please JANGAN BELI. kalau beli jugak please make sure anak2 tak nampak kewujudannya N yang penting biasakan anak2 tak amik makanan tu sebelum waktu makan... kalau boleh the whole day. KEJAMnye... taklah, cara ni nak make sure diorang lapar.
SUSU?? ikut pada panduan rancangan tu, jika boleh JANGAN BAGI anak minum susu dengan kerap seperti kebiasaan.. terutamanya sebelum waktu makan. TAPI TEKNIK INI HANYA UNTUK KANAK2 3 TAHUN KE ATAS YE...
Bila da buat teknik ni.. tiba je waktu makan letakkan hidangan sepinggan nasi n lauk untuk dia.. dengan air la yek..kang tercekik pulak... mula2 memang dia akan menolak N cuba menguji kesabaran kita... tapi biarkan saja N cakap dengan nada tegas.. tolong makan dan selepas ni takde makanan lain lagi kalau kakak tak nak makan. kalau dia taknak dengar N buat perangai.. just biarkan.. selepas 30 minit or 1 jam.. amik makanan tu dan buang. walaupun dia tak makan lagi.ulang cara yang sama untuk makan malam.. kalau dia masih lagi memberontak N taknak makan.. TAKPE.. biarkan dan sebut dengan tegas, sekarang masa untuk tidur N takde makanan lagi untuk hari ni termasuk SUSU..
BIARKAN DIA TIDUR DALAM KEADAAN LAPAR..
ULANG CARA TADI UNTUK TEMPOH SEMINGGU.. INSYAALLAH akan berjaya untuk buat dia ada tabiat makan... TAPI BUKAN makan yang TIDAK SIHAT YA.. yang paling penting adalah tetapkan matlamat dan lakukan secara konsisten... akan ada hasilnya... sama juga kalau kita nak kurus... perlu konsisten... mungkin hasilnya tak sepantas kerdipan mata..tapi INSYAALLAH pasti ada hasilnya...
NI BUKAN CARA KEJAM UNTUK MENDERA ANAK YA.. PLEASE TAKE NOTE... JIKA JO FROST BERJAYA LAKUKAN PERUBAHAN...MENGAPA KITA TAK..
~ SELAMAT MENCUBA YA... ADMIN PUN TENGAH APPLY TEKNIK NI~
sama2 kita lihat hasilnya ya...
No comments:
Post a Comment