Setelah beberapa tahun berkahwin, tentu setiap pasangan berharap untuk menimang cahaya mata. Namun, perkara pertama yang sering terlintas pada pandangan umum sekiranya mereka belum dikurniakan anak tentu dikaitkan dengan kemandulan wanita semata-mata.

Tanggapan seperti ini perlu diperbetulkan kerana kajian telah membuktikan bahawa kemandulan mempengaruhi kedua-dua wanita dan lelaki dengan bacaan statistik 35% setiapnya, 20% kombinasi kedua-dua, manakala selebihnya berpunca daripada sebab-sebab yang tidak diketahui.  Ini menunjukkan bahawa masalah ketidaksuburan lelaki sama besar pengaruhnya  dengan ketidaksuburan wanita dalam setiap masalah mendapatkan cahaya mata.

Dalam kajian lain pula menyatakan bahawa 40% masalah kemandulan lelaki disebabkan oleh kualiti sperma. walaupun peratusan tersebut tidak tidak tinggi tapi suami perlu juga ambil tahu dalam usaha bersama-sama nak pastikan impian untuk memiliki cahaya mata lebih cerah peluangnya.

Tapi.. still kena ingat bahawa segalanya adalah dari Allah dan perlu yakin setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. cepat atau lambat masing2 ada hikmahnya.. sebagai manusia kita hanya merancang..berusaha..berdoa dan bertawakal.. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita..

Mungkin artikel ni boleh jadi panduan berguna yang boleh cuba di amalkan dan diperhatikan.



Kesihatan
Jika anda seorang perokok tegar, ketahuilah bahawa kandungan kadar nikotin di dalam tubuh akibat tabiat merokok ini boleh merosakkan sperma serta mengurangkan jumlah sperma.

Memiliki tubuh badan yang gemuk boleh menyebabkan perubahan hormon menjadi tidak normal. Makanan ringan yang tinggi kolesterol ini biasanya mempercepatkan pertambahan berat badan sehingga zat sebenar tidak dapat disalurkan.

Pengambilan ubat-ubatan seperti steroid merupakan hormon sintetis yang digunakan untuk membentuk tubuh. Sebenarnya ia boleh menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki.

Masalah di tempat kerja atau berdepan dengan masalah tekanan boleh menyebabkan anda stres. Tubuh badan yang stres tidak akan mampu menghasilkan sperma yang berkualiti.

Kemalangan
Seseorang yang mengalami kemalangan atau terjatuh sehingga menyebabkan testis yang menghasilkan sperma gagal menghasilkan sperma seperti sebelumnya. Jika lambat dirawat, ia akan merebak ke spermatogenesis (sel yang menghasilkan sperma) dan menjejaskan fungsinya.

Keturunan
Azoospermia disebabkan oleh faktor genetik iaitu keturunan di mana ia biasanya disebabkan oleh gen ibu dan bapa yang membawa masalah itu. Jika anda tergolong masalah ini, hanya kuasa Tuhan yang boleh membantu.

Lain-lain
Siapa kata radiasi dari telefon bimbit tidak memberi kesan terhadap kesuburan. Bayangkan jika anda meletakkan telefon di dalam poket seluar, radiasinya boleh mempengaruhi testis. Jika perkara ini dilakukan berterusan, ia boleh mencetuskan disfungsi erektil dan ketidaksuburan pada lelaki.

Berhati-hati jika anda sedang leka menggunakan komputer riba. Suhu tinggi pada komputer riba boleh menyebabkan testis anda menjadi panas. Ia memberi kesan buruk dan merosak kualiti sperma.

Ubah tabiat gemar berendam air panas. Berendam di dalam air panas dapat meningkatkan suhu  testis sehingga merosakkan kualiti sperma dan mungkin juga berisiko untuk membunuh sperma serta menghalang penghasilannya dan menjadi punca mandul tanpa sedar. Oleh itu, jika pasangan anda gemar berendam dalam tab air panas atau menikmati sauna, mungkin anda perlu menasihatkannya agar berhenti daripada melakukannya buat seketika - bukan buat selama-lamanya, kerana ia tidak akan menyebabkan kerosakan kekal terhadap testikel. Oleh itu, setelah anda berhasil mendapatkan keputusan positif daripada ujian kehamilan, bolehlah dia kembali melakukan aktiviti tersebut!

Pemakaian seluar yang terlalu ketat boleh membuat suhu pada testis meningkat. Hanya kerana berseluar ketat, ia boleh mengakibatkan jumlah pengeluaran sperma menurun.

Mungkin juga:
1)  STRESS sangat mempengaruhi kesuburan lelaki
 Anda mungkin tahu bahawa gaya hidup yang sihat diperlukan untuk setaiap orang mencapai kesihatan yang optimum. Tetapi mungkin anda tidak menyedari bahawa sebenarnya emosi yang stabil juga sangat penting dalam memastikan lelaki mempunyai tahap kesuburan yang bagus. Stress mampu menyebabkan masalah mati pucuk, ketegangan zakar dan kelenjar yang terlibat dalam sistem reproduksi lelaki. Oleh itu, cubalah berbincang dan mencari jalan untuk menangani stress dengan sebaiknya jika pasangan anda sentiasa nampak sugul dan bermasalah.

2) Peningkatan usia lelaki
Wanita sering dikaitkan dengan menopaus. Lelaki pula sering berbangga dengan tiadanya istilah sebegitu buat mereka. Sungguhpun demikian, kajian telah menunjukkan bahawa tahap kesuburan lelaki juga makin menurun setelah mencecah usia 40-an. Walaupun begitu, ramai kaum lelaki yang masih boleh menghasilkan zuriat setelah mencecah usia 50-an berbanding wanita.


3) Sukan dan Olahraga BERLEBIHAN menurunkan kadar kesuburan
Walaupun lelaki sinonim dengan sukan dan aktiviti lasak, ia sebenarnya boleh menjadi salah satu sebab kemandulan. Pastikan pasangan anda mengawal penglibatannya dalam aktiviti sukan sekiranya anda berdua berhajat untuk mendapatkan zuriat dalam masa terdekat ini. Aktiviti sebegitu mampu meningkatkan suhu badan, sekaligus meningkatkan suhu pada bahagian skrotum dan mempengaruhi penghasilan sperma.

4) "Boxer" or "Brief" tidak mempengaruhi kesuburan
Mungkin terdapat nasihat yang mengatakan bahawa seluar dalam lelaki jenis ‘brief’ tidak elok kerana cengkaman yang kuat pada bahagian tersebut. Namun sehingga kini perdebatannya masih belum mendapatkan hasil yang benar-benar meyakinkan. Sementara itu, ramai doktor dan pakar menganjurkan lelaki agar memakai apa sahaja yang selesa, asalkan tidak terlalu ketat.



EKSTRA MASKULIN:
Tidak ada masalah yang tidak mempunyai jalan penyelesaian. Apa yang perlu anda ambil tahu!

1. Jalani ujian untuk menentukan kandungan sperma di dalam air mani.

2. Menggunakan kaedah persenyawaan bayi tabung uji atau Intracytoplasmic Sperm Injection (ICSI).

3. Pengambilan makanan tambahan yang disyorkan seperti Vitamin C, vitamin E serta zink.

4. Menjalani gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan sentiasa bersenam untuk mengekalkan berat badan.


.....................................................................................................................................
Sumber:  

1) http://www.karangkraf.com/dekorasi/punca-mandul-anda-perlu-sedar-1.236783#.UsZjdZQX7Ew.facebook

2) http://pregnant.my/articles/5-fakta-mengejutkan-tentang-kemandulan-lelaki/