PENGGUNA DAN HAK ANDA
Pengguna yang bertanggungjawab adalah pengguna yang menyedari hak-haknya
sebagai pengguna dan bertindak dengan penuh bijaksana dan bertanggungjawab.
Lapan hak pengguna yang perlu diketahui dan difahami ialah:
1)
Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas
bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini
termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan
kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya.
2)
Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosotan dan pemasaran
barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.
3)
Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat
untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi
juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu,
penipuan dan penyelewengan.
4)
Hak untuk membuat pilihan
Pengguna dipastikan mendapat maklumat langsung mengenai
pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberikan penerangan yang
dapat memberi pilihan dalam membuat keputusan. Perlu ada jaminan bagi
menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan.
5)
Hak untuk bersuara
Ini bagi memastikan kepentingan pengguna mendapat
pertimbangan yang sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan dan tindakan yang
cepat serta saksama daripada pentadbiran pengadilan.
6)
Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Pengguna berhak medapat penyelesaian untuk pembelian
keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang
‘mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak
menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan
yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau
perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan
kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.
7)
Hak untuk mendapatkan pendidikan berguna
Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang
mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi
perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah
8)
Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamat
Pengguna berhak hidup dan bekerja dalam alam sekitar yang
bersih dan sihat serta bebas daripada sebarang keadaan yang berbahaya. Hak ini
diperjuangkan oleh pengguna kerana kadar pencemaran kian meningkat dan adanya unsur
alam semula jadi yang semakin pupus atau dimusnahkan.
Oleh Zaliha Idris
Sumber rujukan : KPDNKK
No comments:
Post a Comment