Rawatan ini adalah rawatan khusus keatas penyakit-penyakit mainan
jin,syaitan dan juga iblis laknatullah, samada ianya berpunca dari
perbuatan dengki khianat sesama manusia maupun daripada kejahatan
syaitan itu sendiri.
Mempercayai kewujudan alam ghaib adalah
WAJIB disisi Islam. Allah SWT juga telah membezakan antara orang beriman
dengan orang tidak beriman. Kata Allah, kelebihan orang beriman dari
orang tidak beriman ialah orang beriman percaya kepada alam ghaib.
Justeru orang beriman itu wajib mempercayai kewujudan jin,syaitan dan
juga iblis. Ini diperkuatkan lagi melalui firman Allah SWT :
وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِنْ قَبْلُ مِنْ نَارِ السَّمُومِ
Maksudnya:
“ Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang panas “ (Al-Hijr:27)
Dan umum juga mengetahui bahawa syaitan dan iblis itu sentiasa memusuhi manusia sebagaimana firman Allah SWT:
إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِن
أَصْحَابِ السَّعِيرِ
" Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
bagi kamu, maka anggaplah ia musuh kamu,kerana sesungghnya
syaitan-syaitan itu hanya mengajak golonganya supaya mereka menjadi
penghuni neraka yang menyala-nyala “ ( Fathir:6 )
Maka bermula dari sinilah timbulnya
berbagai penyakit dan masalah keatas manusia ekoran tipu daya syaitan.
Antara penyakit dan masalah angkara tipu daya syaitan itu boleh
dikategorikan kepada 4 perkara berikut :-
1. SERANGAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS
2. SIHIR
3. SANTAU
4. SAKA
Justeru itu tiada lain yang hak didalam
merawat penyakit-penyakit ini selain daripada ayat-ayat suci Al-Quran.
Bermohon dan berserahlah kita kepadaNya yang Maha Berkuasa.
SERANGAN GANGGUAN MAKHLUK HALUS
Dari segi realitinya tiada perbezaan
diantara gangguan jin, syaitan dan iblis dengan gangguan makhluk halus.
Pekerjaan utama syaitan ialah berusaha mengganggu dan mempengaruhi
manusia agar manusia juga dilaknat Allah SWT dan kekal didalam neraka
bersama mereka. Dalam ertikata yang lain syaitan itu tidak akan berhenti
menggoda manusia selagi manusia tidak dilaknati Allah dan kekal didalam
neraka bersama mereka.Justeru itu tumpuan utama golongan syaitan ini
adalah kepada 4 perkara besar iaitu:-
- Berusaha agar manusia kufur dan syirik kepada AllahSWT :
كَمَثَلِ الشَّيْطَانِ إِذْ قَالَ لِلْإِنْسَانِ اكْفُرْ فَلَمَّا كَفَرَ قَالَ إِنِّي بَرِيءٌ
مِنْكَ إِنِّيأَخَافُ اللَّهَ رَبَّ الْعَالَمِينَ
Saperti pujukan syaitan ketika dia berkata pada manusia;
“
Kafirlah kamu” maka tatkala manusia itu telah kafir ia berkata “
Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu kerana sesungguhnya aku takut
kepada Allah, Tuhan semesta alam" (Al-Hasyr:16 )
Apakah hubungkaitnya firman Allah ini dalam kontek "sakit"."permasalahan" serta musibah lain?
Keadaan ini boleh berlaku apabila saja kita membelakangi syariat
islam didalam menempuh ujian Allah SWT. Allah SWT menurunkan sakit
beserta kesabaran.Tujuan diberikan sakit adalah untuk diampuni
dosa.tanpa kesabaran kita tak mungkin mendapat keampunan.Lebih-lebih
lagi bila kita berburuk sangka pada Allah SWT. Apatah lagi apabila kita
menggunakan kaedah yang terang-terang syirik kepada Allah SWT dalam
menangani sakit serta musibah.
Justeru apabila kita sudak kufur maka "berlepas tanganlah" syaitan
laknatullah. Mungkin pada ketika itu sakit kita pun sembuh, permasalahan
kita pun selesai. Ahli-ahli sihir dan bomoh-bomoh terlibat diagungkan
kehebatanya. Namun yang batil itu tidak akan kekal dan pasti
berkesudahan dengan kehancuran.
- Berusaha agar manusia melakukan amalan-amalan bida'ah
-
Berusaha agar manusia terjerumus mengerjakan maksiat saperti menipu,
mencuri, berzina dan bermusuhan sesama sendiri sebagaimana firman Allah
SWT:
إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَنْ يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِوَيَصُدَّكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنْتُمْ مُنْتَهُونَ
“ Sesungguhnya syaitan
itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu
lantaran meminum khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari
mengingati Allah dan sembahyang. Maka berhentilah kamu dari mengerjakan
pekerjaan itu" (Al-Maidah:91)
Syaitan yang menjawat portfolio ini bernama DASIM. Hari ini dilihat
rata-rata manusia tidak lagi bermusuhan dengan syaitan. Malah
menggunakan khidmat syaitan untuk tujuan tertentu saperti untuk
kelihatan cantik, untuk hancurkan perniagaan orang,lariskan perniagaan,
untuk menceraiberaikan rumahtangga orang dan banyak lagi..
- Berusaha menghalang manusia daripada mengerjakan ibadat
Bertitik tolak dari 4 hajat besar syaitan inilah maka apabila kita
pergi lebih jauh dalam realiti kehidupan seharian manusia kita akan
menemui begitu banyak sekali tanda-tanda seseorang itu telah terkena
gangguan syaitan.
Tanda-tanda gangguan syaitan/ serangan gangguan makhluk halus:
- Tidur dalam keadaan resah, rimas dan cemas serta selalu terjaga
- Mengalami mimpi yang buruk dan menakutkan
- Bermimpi melihat berbagai jenis binatang saperti kala jengking, anjing, tikus dan lain-lain
- Kadang menangis dan kadang ketawa ketika tidur
- Selalu bermimpi terjatuh dari tempat tinggi
- Terasa panas badan terutama dibahagian belakang
- Fikiran selalu kacau, terasa gelap dalam perut, badan terasa lesu dan malas
- Suka marah-marah tanpa suatu sebab yang munasabah
- Selalu sakit kepala
- Hilang fokus pada pekerjaan dan juga percakapan
- Sakit dibahagian bawah tulang kipas dan bawah punggung
Jangan biarkan keadaan ini berterusan,
dapatkan lah rawatan yang bersesuaian dan mengikut kaedah yang tidak
bertentangan dengan hukum syarak.
SIHIR
Sihir terjadi adalah angkara kerakusan dan
dengki khianat sesama manusia. Perbuatan sihir ini begitu mudah
dilakukan apabila manusia bersedia untuk bersekongkol dengan syaitan
yang sememangnya sentiasa inginkan manusia bermusuhan sesama sendiri
sebagaimana yang telah dijelaskan dari awal tadi.
Kekuatan dan
keberkesanan sihir yang dilakukan oleh tukang sihir itu adalah
bergantung kepada tahap kekufuran dan penderhakaan tukang sihir itu
sendiri kepada Allah SWT, tapi dalam hal ini manusia melihat sebaliknya.
Manusia sering melihat ini sebagai satu kehebatan .
Tukang sihir
menggunakan berbagai kaedah untuk merapatkan diri mereka dengan syaitan.
antaranya pengunaan ayat Al-Quran secara songsang, menulis ayat-ayat
Al-Quran menggunakan darah haid atau benda-benda kotor dan banyak lagi.
JENIS-JENIS SIHIR
Sihir pemisah atau penceraian
Sihir pemisah adalah sihir yang dilakukan
dengan tujuan memutuskan hubungan seseorang individu dengan individu
yang lain. Sihir jenis ini terlalu popular berlaku dalam masyarakat kita
hari ini. Golongan wanita selalunya menjadi mangsa sihir ini. Adalah
dinasihatkan kepada anda agar perihatin dengan perubahan yang berlaku
pada diri sendiri dan juga pasangan anda.Kalau tidak ditangani seawal
mungkin ianya bakal memberikan kesan yang buruk dan seterusnya
meruntuhkan institusi keluarga kita yang disayangi. Keadaan menjadi
teruk sekiranya tidak ditangani dari awal kerana kebanyakan orang yang
terkena sihir sukar untuk mempercayainya dan enggan dirawat. Ini semua
adalah fitnah syaitan laknatullah. Mereka begitu petah bercakap dan
berdebat, enggan menerima kenyataan dan sering menyalahkan orang lain
dalam banyak hal. Maka huruharalah keharmonian keluarga dan bertepuk
tanganlah orang ketiga menunggu kehancuran rumahtangga kita.
Sasaran sihir ini kepada golongan berikut:-
i. Suami dan isteri
ii. Ibubapa dan anak
iii. Mentua dan menantu
iv. Rakan konsi perniagaan dan lain-lain.
Tanda-tanda sihir pemisah
i. Terdapat perubahan tabiat/perangai secara tiba-tiba
ii. Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan
iii. Kehadiran pandangan buruk keatas pasangan misalnya nampak suami
atau isteri begitu buruk dan hodoh
iv. Masing-masing suka menegakan benang basah dan tidak mahu mengalah
v. Tiada mood atau minat untuk bersama/melakukan hubungan seks
vi. Sakit ketika melakukan hubungan seks terutamanya ketika mencapai klimaks
Sihir pengasih
Sihir jenis ini juga dipanggil "guna-guna" yang mana ianya digunakan
bertujuan untuk mendapatkan cinta dan kasih sayang seseorang. Cabang
kepada sihir pengasih ini adalah dikenali sebagai "sihir penunduk"
bertujuan menundukan seseorang supaya tidak membantah sebarang
percakapan dan kehendak mereka.
Orang-orang yang terkena sihir ini sukar untuk menyedari dirinya
disihir yang akhirnya membawa kebinasaan kepada dirinya sendiri. Ini
boleh berlaku kerana kebanyakan sihir begini menggunakan benda-benda
kotor yang dipuja dan dimasukan kedalam makanan mangsa. Akhirnya mangsa
jatuh sakit dan boleh membawa maut jika diizinkan Allah.
Tanda-tanda sihir pengasih
i. Kehadiran perasaan rindu dan cinta yang mendadak kepada seseorang
ii. Terikut-ikut kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan
iii. Kuat berkhayal tentang adegan seks
iv. Berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks.
Sihir menghadirkan penyakit
Sihir menghadirkan penyakit ini
diperlakukan dengan tujuan untuk membuat saeseorang itu jatuh sakit
samada pada anggota badan, otak atau pancaindera yang lain
Tanda-tanda sihir menghadirkan penyakit
i. Cakap merapu
ii. Fikiran bingung
iii. Sentiasa resah gelisah
iv. Tidak menjaga kebersihan diri
v. Gemar bersendirian
vi. Tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
vii. Tidak ada kekuatan fizikal dan mental
Sihir pendarahan
Sihir ini terjadi keatas wanita dimana
berlakunya pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid namun ia
berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat merbahaya sekali kerana
seseorang mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan
menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada
gangguan yang lebih serius. Adalah dinasihatkan agar tidak dibiarkan
keadaan ini berterusan , dapatkanlah rawatan doctor, sekiranya tiada
apa-apa perubahan berjumpalah dengan pengamal perubatan islam. Harus
diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya adalah
penyakit.
SANTAU
Santau adalah perbuatan memasukan
bahan-bahan berbisa saperti debu kaca dan kadang racun kedalam makanan
pesakit . Ianya berlaku dalam 2 cara:-
- Memasukan bahan tersebut secara terus kedalam makanan
- Menghantarnya melalui angin dengan bantuan jin
Tanda-tanda santau
i. Pendarahan yang berpanjangan saperti haid
ii. Sakit dibawah tulang kipas
iii. Sakit dibawah punggung
iv. Batuk yang berterusan
v. Bermimpi binatang yang menakutkan
vi. Sesak nafas
vii. Pemarah walaupun sifat asalnya adalah lembut dan penyabar
viii. Kelopak mata kehitaman kerana gangguan tidur
ix. Daya ingatan berkurangan
Adalah
dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan dihospital dan sekiranya
tidak dapat dikesan dapatkan rawatan daripada pengamal perubatan Islam
yang yakini.
SAKA
Kehadiran jin yang terlalu lama didalam
badan manusia dikenali sebagai saka. Ini berpunca daripada nenek moyang
terdahulu yang mengamalkan ilmu-ilmu tertentu dengan menggunakan bantuan
jin. Mereka mengadakan perjanjian dengan para jin ini saperti memberi
makan dan sebagainya. Tujuan asal bersahabat dengan jin ini adalah untuk
menjaga kepentingan dan keselamatan diri, menjadi kuat , digeruni dan
ditakuti dan banyak lagi. Namun apabila nenek moyang sudah tua dan tidak
lagi dapat menjaga jin tersebut, maka jin peliharaanya akan berpindah
kepada anak cucu mereka. Begitu juga apabila nenek moyang tersebut
meninggal dunia.
Oleh kerana kehadiran jin kepada “pewaris saka” tadi
tidak disedari atau pun dijagai sebagaimana sebelumnya, maka jin
tersebut akan mengganas dan menyusahkan bukan saja kepada “pewaris saka”
malah kepada seluruh keluarga mereka.
Tanda-tanda seseorang yang mempunyai saka
i. Sukar tidur
ii. Sering bermimpi perkara yang menakutkan
iii. Ketawa dan menangis ketika tidur
iv. Pening kepala
v. Malas dan lesu
vi. Lenguh-lenguh sendi
vii. Pemarah dan terlalu emosi
viii.
Adakalanya juga orang yang ada saka dibenci oleh ramai orang kerana
menzahirkan situasi negatif dan tidak menyenangkan
Perubatan membuang saka agak rumit dan
memerlukan jangka masa yang agak panjang. Orang yang ada saka juga harus
banyak bersabar menghadapinya. Lebih penting orang yang ada saka mesti
patuh pada hukum Allah dan kuat beribadat.
PEDOMAN DAN RENUNGAN
i.Kebanyakan
orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir,
santau lebih-lebih lagi saka keberatan untuk melakukan rawatan. Keadaan
ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah
syaitan.Sebahagianya pula tidak mempercayainya.
Sebaliknya
pula ada golongan yang ketagih dengan khidmat bomoh.Golongan ini lebih
suka dikaitkan masalah mereka dengan "buatan orang",walaupun sebenarnya
tidak.Mengapa fenomena ini berlaku dalam masyarakat kita?
Sukacita kami menyarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan
seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Dan
kepada saudaramara,rakan taulan hendaklah sentiasa membantu mereka tanpa
jemu demi kebaikan bersama.
Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.
ii.Dapatkanlah rawatan daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini
tidak terlibat dengan sebarang bentuk khurafat dan kekufuran. Ikutilah
pedoman-pedoman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa
kesemasa.
Sumber: http://www.kartikabuana.net/index.php?option=com_content&view=article&id=47&Itemid=55