Senarai ubat-ubatan ini merupakan sebahagian daripada produk
farmaseutikal yang dikenalpasti mengandungi bahan-bahan daripada sumber
babi dan meragukan.
Tujuan senarai ubat-ubatan daripada sumber babi ini dibuat bukanlah
untuk menjatuhkan atau memburukkan mana-mana jenama, produk ataupun
syarikat farmaseutikal yang terlibat.
Sebaliknya ia bertujuan untuk memberi pendedahan dan panduan kepada
orang ramai selain memberi sedikit tekanan kepada industri farmaseutikal
agar menghormati sensitiviti umat Islam dengan menghasilkan ubat
daripada sumber alternatif lain yang halal.
http://www.halalscience.com/hop.php?ref=xml
1. Jenama Ubat : BENADRYL For The Family Original Cough Syrup | Kegunaan : Ubat Batuk | Pengeluar : McNeil, Australia
2. Jenama Ubat : Armour Thyroid | Kegunaan : Merawat hypothyroid,
terapi gantian hormon thyroid | Pengeluar : Forest Pharmaceutical
3. Jenama Ubat : Kapsul IMODIUM | Kegunaan : Ubat Cirit Birit, Diarrhea | Pengeluar : Janssen Cilag (Johnson&Johnson)
4. Jenama Ubat : Suntikan BOTOX | Kegunaan : Rawatan distonia,
blepharospasm dan mengurangkan kedutan di muka | Pengeluar : Allergen
Pharmaceutical
5. Jenama Ubat : CLEXANE , Lovenox | Kegunaan : Cegah pembekuan darah
dalam rawatan penyakit jantung | Pengeluar : Sanofi Aventis
6. Jenama Ubat : Kapsul CREON | Kegunaan : Kanser pankreas, terapi gantian hormon pankreatik | Pengeluar : Solvay Pharmaceutical
7. Jenama Ubat : Fraxiparine | Kegunaan : Mencegah pembekuan darah,
rawatan penyakit jantung | Pengeluar: Sanofi Winthrop dan GlaxoWellcome
8. Jenama Ubat : Vaksin MENOMUNE | Kegunaan : Vaksin Meningitis | Pengeluar : Sanofi Pasteur
9. Jenama : OPTI-FREE Supraclens One Drop Protein Remover | Kegunaan : Pencuci Contact Lens | Pengeluar : Alcon Lab
10. Jenama Ubat : ENZYPLEX | Kegunaan : Merawat masalah pencernaan, kembung perut, sendawa | Pengeluar : WestMont Pharmaceutica
Ada macam-macam istilah Bahasa Inggeris yang digunakan untuk
menyatakan sumber daripada babi. Istilah PORCINE yang selalu digunakan
dalam bidang perubatan untuk menunjukkan bahan dari sumber babi
digunakan. Mungkin ramai umat Islam khususnya orang Melayu yang tidak
tahu bahawa label yang bertulis
“This product contain substance from porcine” bermaksud “Produk ini
mengandungi bahan dari babi”. Berhati hatilah semasa kita mengambil
apa-apa ubat pun, bertanyalah kepada doktor dan ahli farmasi kandungan
ubat yang disuntik atau diberikan dan bacalah label kandungan ubat yang
kita ambil.
Apa sahaja yang diharamkan oleh Allah s.w.t adalah untuk melindungi
umat manusia daripada segala bentuk keburukan dan kekejian yang ada di
dalam bahan tersebut.
Oleh itu, adalah tidak munasabah jika kita mencari penawar bagi
penyakit melalui bahan-bahan yang diharamkan. Meskipun bahan-bahan haram
tersebut dapat menghilangkan penyakit fizikal, namun bahan-bahan haram
tersebut pastinya akan menghasilkan kesan buruk yang lebih besar pada
jiwa dan rohani orang yang mengambilnya kesan daripada keburukan yang
tersembunyi di dalamnya.
Kesannya, orang yang merawat dirinya dengan menggunakan bahan-bahan
yang diharamkan oleh syarak sebenarnya telah cuba untuk menghilangkan
penyakit fizikal pada tubuh badannya dengan mendatangkan penyakit lain
pada jiwa dan hatinya.
Seharusnya kita perhalusi jika selama ini doa kita tidak dimakbulkan
oleh Allah. Perincikanlah di mana salah kita, pekerjaan, makanan,k
ubat-ubatan dan adakah semua bahan-bahan yang masuk ke dalam tubuh kita
itu halal? Bagamana mungkin tubuh terisi dengan bahan-bahan yang haram
dapat memberi keberkatan kepada hidup kita.
Dapatkan lebih banyak info mengenai ubat-ubatan halal di laman web
http://www.halalscience.com
No comments:
Post a Comment