Wednesday, 18 September 2013

Yakinlah Allah lebih Berkuasa dari segalanya. Kesian PERMATA HATI ni SUSAH TIDUR.. Apa yang berlaku??



Dalam dunia ni macam2 boleh terjadi..walaupun dunia da makin maju N masyarakat da bertambah moden tapi sebagai manusia kita masih perlu  tahu BUMI ini bukan hanya dihuni oleh  MANUSIA N HAIWAN.. tapi kena tahu y  ada makhluk lain turut sama menghuninya... walaupun tidak terlihat di mata kasar tetapi kita perlu tahu adanya Jin, Syaitan, Iblis dan Malaikat di sekeliling kita...INGAT!! jangan sampai jadi syirik pulak bila da terlalu taksub dgn pertolongan dan persahabatan dgn jin,iblis dan syaitan...nanti x cium bau SYURGA..haish simpang jauh2... Apa pun yang berlaku kena sentiasa yakin dan percaya bahawa ALLAH adalah Maha Berkuasa mengatasi segala makhluk yang ada di langit dan bumi.. Yakin bahawa Allah adalah pelindung yang terbaik.. insyaallah tiada apa yang akan berlaku TANPA IZIN dari NYA..

artikel kat bawah ni admin jumpa dalam akhbar Sinar Harian.. sama2 kita doakan untuk permata hati yang comel ni supaya sembuh dan sihat seperti baby2 y lain.. kesian dia..  

 bayi

Ustaz Shamsuri berusaha mengubati penyakit Lia Nur Zahirah, semalam.
GUAL PERIOK – Kepanasan menyebabkan seorang bayi berusia sembilan bulan dari Kampung Tersang tidak dapat melelapkan mata, sejak tiga bulan dilahirkan.
Pengamal Pusat Perubatan Islam at-Tobibi, Datuk Ustaz Shamsuri Shafie berkata, orang lain mungkin berasa sejuk setiap kali menyentuh kulit pesakit tetapi sebaliknya pesakit pula berasa kulitnya panas.

“Kita percaya adik Lia Nur Zahirah Osman diganggu oleh saka keluarga atau makhluk halus (iblis).

“Ia menyebabkan bayi malang ini mengalami rasa penat melampau dan hilang selera makan, seterusnya kurang zat makanan. Sebab itulah tubuh badan adik Lia Nur Zahirah hanya tinggal kulit dan tulang,” katanya, semalam.

Dalam pada itu, Shamsuri turut menasihati ibu bapa supaya tidak mengamalkan teknik perubatan menjurus ke arah tahyul dan syirik, sebaliknya kembali kepada perubatan Islam.
Menurutnya, jika usaha dilakukan berjaya mengubati penyakit bayi tersebut, ia adalah satu rahmat kepada  keluarga berkenaan.

Sementara itu, ibu bayi tersebut, Marlina Ab Rahman, 33, berkata, sebelum ini dia mendapatkan tangkal daripada seorang bomoh dari Thailand.
Sejurus selepas itu katanya, anak bongsunya sukar tidur, menangis tanpa henti dan sering mendongak ke atas seakan-akan melihat sesuatu.

“Bayi seusianya sepatutnya tidur 15 hingga 20 jam sehari, namun kekurangan tidur menyebabkan badannya kepenatan seterusnya menjurus kepada masalah lain.
“Selepas mendapatkan rawatan secara Islam, saya amat gembira kerana Lia Nur Zahirah dapat tidur dengan lebih nyenyak dan kurang menangis,” katanya selepas menerima sumbangan hamper makanan dan wang tunai daripada Sinar Harian dengan kerjasama beras Era Bayam Kota, Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan (KPRK) Berhad, Pusat Perubatan Islam al-Tobibi dan Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJK) – Sinar Harian

No comments: