Thursday, 26 September 2013

DI MALAYSIA. RASANYA ISU INI LEBIH GENTING DARI ISU POLITIK.BAYI MENINGGAL DI PUSAT ASUHAN

Hurmm rasanya macam mana jalan penyelesaian yang perlu diambil?? Ibu berhenti kerja?kerja dari rumah?hantar pada nenek?hantar pengasuh rumah yang jaga tak lebih dari 5 orang bayi N kanak2? or amik pengasuh jaga di rumah kita? walau apa pun pilihan kita sebagai parents.. yang pasti semua pihak terutam,a pihak pemerintah, parents N pengusaha pusat asuhan perlu memikirkan cara yang paling efektif bagi menangani permasalahan ini.. bagi yang kehilangan, admin ucapkan takziah N moga dapat bersabar di atas dugaan Allah ini. pasti ada penggantian yang lebih baik nanti.. TAPI, untu pihak pusat asuhan dan pihak berkuasa perlu ada satu modus operandi yang berkesan dan segera dalam memastikan 0 (sifar) kemalangan dan kematian bayi N kanak2 di pusat asuhan..

KES 1: admin rasa ini yang terbaru... Bayi 5 bulan meninggal di pusat asuhan

PUTRAJAYA 24 Sept. - Seorang bayi lelaki, Mohd Danish Rayqal berusia lima bulan ditemui mati oleh pengasuhnya di sebuah pusat jagaan di sini hari ini.
Bayi itu didapati sudah tidak bernyawa semasa pengasuh berkenaan hendak memandikannya kira-kira pukul 3 petang.
Bapa bayi itu, Ismail Ramli, 28, yang menghubungi Bernama berkata, beliau bergegas ke Hospital Putrajaya sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu.
"Pihak taska telah menghubungi saya setelah mereka sampai di hospital, dan bayi saya telah disahkan meninggal dunia," katanya.
Ismail membuat laporan polis kerana meragui punca kematian anaknya yang sihat semasa dihantar ke pusat jagaan pagi ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan polis akan menjalankan siasatan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130924/je_19/Bayi-lelaki-lima-bulan-ditemui-mati-di-taska#ixzz2g3lGYx3K
© Utusan Melayu (M) Bhd 


KES 2:Bayi berusia 46 hari meninggal dunia pada hari pertama di Taska


ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia 46 hari meninggal dunia pada hari pertama dihantar ke sebuah taska di Taman Serindit di sini, dipercayai akibat jangkitan paru-paru.
Nur Alyssa Dania Mohd Saipol, disahkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, petang semalam (Khamis) kira-kira pukul 3 petang selepas dihantar oleh pihak taska pada pukul 1.30 petang kerana kelihatan terlalu lesu.
Bapanya, Mohd Saipol Rizal Abu Seman, 26, seorang pembantu restoran berkata sebelum dihantar ke taska, anaknya kelihatan sihat seperti biasa dan semalam hari pertama dia serta isteri Roslina Roslin, 27, menghantar bayinya itu ke taska berkenaan.

Katanya mereka menghantar Nur Alyssa Dania sebaik habis tempoh berpantang bagi membiasakannya dengan persekitaran baru sebelum Roslina yang bekerja sebagai pembantu farmasi mula bertugas Selasa ini.

"Kami hantar anak ke taska pukul 8.30 pagi semalam dan dapat tahu anak dimasukkan ke hospital menerusi panggilan telefon daripada pihak hospital pada pukul 3 petang semalam.

"Anak saya disahkan meninggal dunia pukul 3 lebih. Doktor ada beritahu berdasarkan laporan awal bedah siasat ada jangkitan sedikit pada paru-paru dan tiada kesan macam penderaan," kata Mohd Saipol kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd Saipol bagaimanapun berkata dia akan menunggu laporan siasatan terperinci pihak polis terlebih dahulu sama ada untuk mengambil sebarang tindakan terhadap pihak taska.

Katanya jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kota, Sungai Mati Jalan Langgar dekat sini pagi tadi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya tidak dapat mengesahkan punca utama kematian bayi itu.

"Doktor pun tidak dapat hendak sahkan punca bayi itu boleh meninggal dan buat masa ini kami klasifikasikan kes ini sebagai mati mengejut," katanya.

Beliau berkata pihak polis akan meneruskan siasatan menyeluruh termasuk mendapatkan kenyataan daripada pelbagai pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan lanjut diambil. -- BERNAMA


agak2 kalau dalam keadaan begini boleh mengundang maut tak?? mungkin pihak pusat asuhan perlu menyusun atur dengan lebih baik dan tidak membiarkan sebarang kain menutup muka bayi N kanak2 semasa tidur supaya tidak ada kemungkinan untuk berlakunya sesak nafas dan akhirnya boleh membawa maut..


alt
KUALA LUMPUR 10 Mei - Seorang bayi yang ditempatkan di sebuah Taska di Sungai Buloh disahkan meninggal dunia akibat sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Junaidi Bujang berkata, bayi lelaki berusia setahun empat bulan itu ditemui dalam keadaan lemah sebelum meninggal dunia di bilik air Taska berkenaan di Saujana Utama kira-kira jam 4 petang semalam.

"Merujuk kenyataan awal Pengurus Taska itu, bayi itu tidak berada di ruang tamu Taska itu ketika hendak diberi susu, yang kemudiannya dia ditemui di dalam bilik air.

"Bayi tersebut kemudiannya segera di bawa ke Hospital Sungai Buloh oleh pengurus Taska berkenaan sebelum meninggal dunia di hospital tersebut, akibat sesak nafas," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Ekoran kejadian itu, Junaidi menjelaskan Pengurus Taska berkenaan dipanggil pihak polis bagi membantu siasatan.

Beliau juga mengesahkan mayat bayi telah dituntut kedua ibu bapanya.

Setakat ini, kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut.

PUNCA KEJADIAN ?? 
Pengasuh tak cukup punca bayi mati di taska
PUTRAJAYA - Pusat asuhan yang terbabit dalam kes kematian seorang bayi lelaki di Presint 9, di sini semalam, berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan permitnya sah sehingga Jun 2016.
    
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata bagaimanapun siasatan mendapati jumlah pengasuh di pusat asuhan itu tidak mencukupi berbanding jumlah anak jagaan mereka.
    
"Kes ini masih dalam siasatan polis, namun pada masa yang sama taska itu masih dibenar beroperasi seperti biasa," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas melawat pasangan Ismail Ramli, 28, dan Zurinawati Ismail, 26, ibu bapa kepada Mohd Danish Rayqal, bayi berusia lima bulan yang ditemui tidak sedarkan diri oleh pengasuh di pusat asuhan itu pukul 3 petang semalam.
    
Bayi itu kemudian disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.
    
Mengulas lanjut, Azizah berkata pihaknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan dan mengambil tindakan seterusnya. - Bernama

.....Berdasarkan situasi yang sering berlaku, kes2 seumpama ni admin rasa bukan hanya berlaku pada pusat asuhan tak berdaftar, malah pusat asuhan berdaftar pun berisiko untuk berlakunya kes2 sebegini. KENAPA???
ada macam2 faktor.. tapi untuk parents.. lebih selamat jika pusat asuhan tu berdaftar sebab jika apa2 berlaku lebih mudah dakwaan dilakukan. jika terbukti bersalah.. tapi kalau pusat asuhan TAK BERDAFTAR... lebih banyak risiko dan jika apa2 berlaku... rasanya memang tanggung sendiri... 
apa pun  pilihan kita (pesanan untuk admin gak huhu).. apa yang paling utama adalah keselamatan anak.. perlu pastikan pengasuh tu dapat menjaga anak kita dengan baik dan bukan sekadar mengejar keuntungan...bila dah berlaku tak dapat nak putar balik masa. jadi sebelum berlaku fikir dan kenali dulu pengasuh sebelum percaya 100%... mungkin boleh buat lawatan mengejut ke tempat jagaan anak kita...tak kisah la pengasuh tu suka or tak. yang penting dari situ kita boleh tahu cara anak kita dijaga.. dan yang pasti.. pengasuh tu akan selalu berjaga2 sebab dia tahu parents akan datang tak kira time untuk jenguk or ambil anak... 

No comments: