
Jika ingin ukur lilit pinggang anda cantik dan perut tidak buncit, cuba ambil beberapa makanan seperti ini:
Oregano
Taburkan oregano dalam menu sayuran kegemaran anda. Oregano memiliki khasiat yang amat baik untuk melancarkan pencernaan. Selain itu, herba ini boleh memberikan aroma yang nikmat pada hidangan anda.
Agar-agar
Makanan ini memberikan rasa dingin pada perut. Diperbuat daripada rumpai laut dan boleh membantu melancarkan pencernaan serta memenuhi keperluan serat di dalam tubuh. Ambil agar-agar juga tidak memberatkan pencernaan apabila diambil secara berulang.
Jus buah-buahan
Minuman jus buah-buahan yang disarankan adalah seperti lobak merah, tomato, epal, oren, betik, anggur dan buah-buahan beri. Jenis buah yang disarankan ini sebenarnya dapat membantu mengurangi perut buncit dan membantu anda berasa kenyang dengan lebih lama. Hindari jus buah dengan kandungan buah seperti pisang atau mangga pada permulaannya.
Brokoli
Sayuran yang cantik dan enak ini merupakan sumber makanan penting untuk menjaga ukur lilit pinggang anda. Ambil brokoli secara rutin boleh melancarkan saluran pencernaan dan meningkatkan metabolisme anda.
Teh
Minum teh juga membantu mendinginkan perut dan memudahkan pencernaan. Jenis teh yang disarankan adalah teh hitam dan teh hijau. Namun, tidak disarankan minum minuman ini setiap hari. Cukup dengan hanya minum antara dua hingga tiga kali seminggu kerana teh juga boleh menjadi salah satu minuman yang menahan sistem pembuangan air.
Yogurt
Apabila perut anda cukup banyak dengan kandungan asid, cubalah makan atau minum yogurt. Probiotik di dalamnya boleh membunuh bakteria jahat di dalam usus dan melancarkan pencernaan anda. Namun, ada sesetengah orang yang tidak boleh mengambil produk susu. Golongan ini bolehlah menggantikannya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Sumber:http://mingguanwanita.karangkraf.com/pinggang-ramping-perut-kempis-1.200055
Jom ramping dan sihat bersama admin :)
No comments:
Post a Comment