Admin copy 100% from page penulis buku ni ya.. Abd Rahman Baco
Penulis & Ahli Farmasi
admin@halalscience.com
http://www.halalscience.com
"Sesungguhnya hanya ALLAH yang LEBIH Mengetahui"..

Ramai umat Islam pada hari ini yang tidak sedar bahawa ubat-ubatan yang mereka ambil itu sebenarnya mengandungi bahan daripada babi. Hasil kajian makmal Pusat Pengajian Sains Farmasi, Universiti Sains Malaysia mendapati 30 Peratus daripada 100 ubat yang diuji positif mengandungi DNA babi.
Manakala, Kajian Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi terhadap 15 ubat-ubatan yang diambil secara rambang dari pasaran Malaysia mendapati tiga daripada ubat itu positif DNA khinzir.
Ubat ‘Haram’ Masih Berleluasa

Apabila anda sakit badan, demam, pening kepala atau sakit
gigi, perkara pertama yang terlintas dalam fikiran setiap daripada kita
pastinya adalah UBAT! Tak kiralah apa jenis penyakit yang menimpa
sekalipun, ubatlah yang anda akan cari. Bukan sekadar sakit sahaja,
sebaliknya dalam kehidupan kita juga, ubat adalah satu kemestian,
terutama dalam penjagaan tubuh badan.Paling mudah adalah ubat paracetamol yang anda ambil apabila demam, sakit kepala ataupun sakit gigi. Menjadi kelaziman, kita yakin ubat yang diambil mampu menyembuhkan penyakit dan disebabkan itu juga mentaliti masyarakat mengatakan ubat adalah bagus dan baik untuk tubuh. Oleh kerana itu, tidak hairanlah pelbagai jenis ubat-ubatan boleh didapati dengan mudah sama ada melalui doktor di hospital, klinik, pusat perubatan, farmasi, kedai runcit sehinggalah di kedai kaki lima asalakan ubat yang diambil mampu menyembuhkan sakit dialami.
Namun tahukah anda? walaupun ubat yang ada dipasaran dihasilkan untuk satu tujuan iaitu menyembuhkan penyakit, sebenarnya ada yang menggunakan bahan diharamkan oleh syarak sekaligus haram diambil oleh umat Islam.
Bukan hanya kerana prosesnya tidak menepati hukum syarak, tetapi kebanyakannya menggunakan bahagian daripada bangkai haiwan yang tidak disembelih, termasuk babi.
“Saya tak perlu tahu, janji saya sihat”

Ramai yang mungkin berkata sedemikian kerana beranggapan perkara
itu hanya perlu diketahui oleh seorang pakar perubatan dan orang biasa
seperti anda hanya perlu tahu kaedah menggunakan ubat dengan betul.
Tanggapan ini adalah salah sama sekali, dan saya percaya anda adalah
seorang pengguna yang bijak dan anda perlu tahu perkara-perkara yang
saya sebutkan di atas.Ini kerana, perkara-perkara tersebut adalah hak dan keperluan anda sebagai seorang pengguna. Masalahnya, kadang kala tidak pernah terlintas untuk anda bertanyakan perkara ini kepada mereka yang lebih arif.
Ramai masyarakat umat islam pada hari ini juga beranggapan ubat-ubatan yang mereka terima daripada klinik ataupun hospital di Malaysia adalah dijamin halal dan sudah semestinya pihak doktor dan ahli farmasi telah menapis dan memastikan ubat-ubatan yang mereka bekalkan adalah bebas daripada bahan-bahan haram. Namun, berita-berita di bawah membuktikan semua tanggapan ini adalah salah sama sekali :

Menjawab isu di atas, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Othman Mustapha menegaskan penggunaan ubat tersebut adalah ditegah kerana ia dihasilkan daripada sumber yang diharamkan Islam. Ini kerana pada masa ini sudah terdapat ubat alternatif yang dihasilkan daripada sumber halal yang mempunyai fungsi dan keberkesanan yang sama.


Admin copy 100% from page penulis buku ni ya.. Abd Rahman Baco
Penulis & Ahli Farmasi
admin@halalscience.com
http://www.halalscience.com
"Sesungguhnya hanya ALLAH yang LEBIH Mengetahui"..
No comments:
Post a Comment