Kita boleh berusaha... tetapi Allah jua yang menentukannya.. Sesungguhnya tiada yang dapat melangkaui kekuasaan Allah...
Untuk diri sendiri.
1. Biasakan menjaga wudhu, setiap ada hal yang membatalkan wudhu
segera ulangi kembali berwudhu. Gangguan makhluk ghaib enggan kepada
sesuatu yang suci.
2. Habiskan waktu lapang dengan berdzikir, mengingat-ingat Allah SWT.
Sesuaikan kaedah zikir dengan suasana hati kita. Bila sedang senang,
maka berzikir Hamdallah (Alhamdulillah). Bila hati sedang sedih/kecewa
atau yang sejenisnya, maka berzikirlah Istighfar (Astaghfirullah). Bila
hati sedang tenteram maka berzikirlah “Lailahaillallah”. Semua zikiran
dibaca sekuatnya, sampai ada kegiatan lain. Dengan sentiasa mengingat
Allah, maka sulit bagi gangguan ghaib untuk dapat menembus kita.
3. Hindari mengerjakan hal-hal yang dapat menjurus kepada maksiat,
seperti membuka halaman cabul dalam internet dan sejenisnya. Kerana,
dari situlah pengaruh kekuatan yang terbesar, semakin kita mengerjakan
dosa dan menjauh dari Allah SWT. Semakin mudah mereka menguasai diri
kita dengan pengaruhnya.
4. Jangan menunda solat wajib. Bila mendengar panggilan azan, segera
solat dan usahakan untuk solat berjemaah dimasjid. Solat adalah cara
kita untuk berkomunikasi dengan Allah SWT. Doa diwaktu solat adalah
salah satu doa yang makbul dan Insya Allah segera diijabah oleh Allah
SWT. Mintalah perlindunganNya dari segala gangguan ghaib mahupun
perbuatan zalim yang nyata.
5. Bila gangguan muncul dan dapat anda rasakan, bacalah Ayat Kursi
sebanyak-banyaknya. Bila dirasa gangguan tidak berhenti atau berkurang,
ganti dengan membaca ayat 115-116 Surah AlMukminun
Untuk orang lain. Bila ada orang lain yang kita yakini terkena
gangguan sihir dari makhluk ghaib, maka lakukan perkara yang berikut:
1. Diri kita, sipenyembuh harus dalam keadaan suci dari segala macam hadas.
2. Solat sunat hajat 2 rakaat, dengan niat Taqallah (meningkatkan
iman dan taqwa kita kepada Allah SWT.) dan memohon pertolongan kepada
Allah agar sipesakit dapat segera sembuh dari segala jenis gangguan.
3. Selesai solat, lengkapi diri kita dengan membaca zikir Allah
Allah… sekurangnya 5 minit, hingga kita dapat merasakan keberadaan Allah
SWT dekat dengan kita.
4. Sediakan air segelas, dan zikirkan dengan ayat Kursi sekurangnya 33x, tiupkan ke air setiap habis bacaan.
5. Gunakan air tersebut untuk membasuh wajah sipesakit.
6. Bisikkan ayat 115-116 Surah Al Mukminun ketelinga pesakit di kiri dan kanan bergantian, hingga pesakit sedar.
Insya Allah, dengan segala niat baik kita. Kaedah tersebut dapat
menyembuhkan diri kita sendiri mahupun orang lain. Semua tentu kerana
pertolongan dari Allah SWT. Amin.
Sumber : PUSAT RAWATAN QALBUN SALIM
No comments:
Post a Comment