Putrajaya: Jumlah pusat jagaan dan taska di sekitar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan di sini akan ditambah bagi mengelakkan kanak-kanak dan bayi ‘bersesak’ di tempat asuhan sehingga mengakibatkan kecuaian.
Presiden Persatuan Pengusaha Taska dan Tadika Putrajaya Husna Abdul Rahman berkata, masalah kekurangan pusat jagaan dan taska sudah lama wujud di sini, menyebabkan ibu bapa tidak mempunyai pilihan. Katanya, ketika ini hanya terdapat 101 taska di seluruh Putrajaya dan jumlah itu masih tidak mampu menampung kanak-kanak serta bayi yang dihantar ibu bapa.
“Berdasarkan pemerhatian, kebanyakan pusat terbabit mempunyai bilangan kanak-kanak yang ramai, tetapi jumlah pekerja kurang.
“Walaupun bilangan kanak-kanak melebihi had ditetapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ada sesetengah ibu bapa mendesak pengusaha untuk menerima anak mereka kerana kekurangan pusat berkenaan,” katanya ketika ditemui selepas menziarahi keluarga arwah Muhammad Danish Raykal Ismail di Presint 9 di sini, petang semalam.
Turut hadir, isteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datin Seri Anggraini Sentiyaki.
Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang bayi berusia lima bulan ditemui tidak sedarkan diri di sebuah taska di Presint 9, sebelum mangsa dibawa ke Unit Kecemasan, Hospital Putrajaya (HPj) dan disahkan meninggal dunia.
Laporan dipetik berkata, siasatan lanjut mendapati taska yang menjaga bayi malang itu tidak mematuhi piawaian minimum ditetapkan di mana hanya empat pengasuh yang ditugaskan menjaga 49 kanak-kanak dan bayi.
admin rasa parents pun kena fikir dan utamakan tentang keselamatan anak2 dari faktor jarak lokasi pusat asuhan dengan tempat kerja.. KENAPA?? yela nanti asyik nak cari yang dekat, nak jimat masa N petrol.. tapi AKHIRNYA hilang ANAK.. sapa jugak yang susah... diri sendiri kan.. jadi start dengan pilihan diri sendiri... kalau dah berbagai usaha dibuat.. TAPI nak jadi jugak tu... memang tak dapat nak elak lagi.. sebab kita hanya mampu merancang.. Allah yang menentukan... tapi bukankah berusaha untuk mengelak itu lebih baik dari hanya berserah N menyalahkan TAKDIR???
No comments:
Post a Comment